DEDALU DI PRK DUN SLIM

Walau bagaimanapun jika perkara asas penubuhan parti belum lagi terlaksana mengapakah puak ini masih terhegeh-hegeh meletakkan calon, ibarat dedalu memanjat induk sehingga ke pucuk, sedangkan akar tidak mencecah tanah. Dalam konteks PRK DUN Slim, kami melihat calon proksi Mahathir sebagai calon dedalu atau jika tidak, ia hanyalah tikus bagi eksperimen Mahathir. Pastinya mereka tidak rabun untuk menyedari bahawa sudah empat penggal DUN Slim adalah milik UMNO-BN, manakala calon lawan UMNO adalah PAS yang kini sudahpun berada dalam satu kesatuan Muafakat Nasional.

TUN MAHATHIR BUAT KARUT LAGI, DIA TIDAK LETAK JAWATAN PM

Antara beberapa sifat egosentrik yang terlihat pada Mahathir adalah antara lain, pertamanya ‘memori egosentrik’ yang cenderung untuk melupakan bukti-bukti nyata dan maklumat yang tidak menyokong kebenaran. Kedua, khalayak media dapat melihat ‘myopa egosentrik’ pada Mahathir yang menonjolkan sifatnya intelektualnya yang rabun pada tindakannya, bebal dan tidak mahu mengaku salah tetapi berpegang pada alasan yang cetek. Ketiganya, ialah ‘hipokrasi egosentrik’ yang memperlihatkan Mahathir sebagai manusia yang amat cenderung untuk menafikan kenyataannya yang tidak tekal, dan berubah-ubah tentang apa yang dia percaya dengan apa yang sebenarnya telah berlaku.

PRK SLIM UJI KESERASIAN PAS, UMNO DAN BERSATU

Pendirian politik Bersatu dan PAS yang sedemikian, adalah satu pemuafakatan yang amat baik dalam ikatan kesatuan Perikatan Nasional, meskipun terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan UMNO tidak akan bersama dengan Perikatan Nasional pada PRU15 nanti. Meskipun terdapat sekelompok besar yang meninggalkan Bersatu, untuk turut bersama dengan parti baharu Tun Mahathir, namun kelompok Mahathir dilihat hanyalah sebagai serpihan Bersatu yang tidak setanding dengan kekuatan Muafakat Nasional (MN).

(Video) WATAK MISTERI JHO LOW TIADA DI MACAU ATAU DI MANA-MANA

Lebih memalukan apabila pihak polis China mendakwa, siasatan PDRM yang mengatakan bahawa Jho Low berada di Macau adalah tidak berasas dan tidak boleh diterima. Lebih aneh lagi apabila Jho Low sebaliknya mendakwa bahawa tuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik oleh pihak Tun Mahathir dan konco-konconya. Malangnya Jho Low tetap gagal ditemui atau Jho Low seakan-akan lebih hebat daripada Sadam Hussein dan Osama Laden yang amat mudah dijejaki oleh Interpol.

WordPress.com.

Atas ↑