PRK SLIM- KUASA KETIGA PEJUANG TIDAK DITERIMA RAKYAT

Dengan itu juga Mahathir telah mewujudkan parti baharu ‘Pejuang’ yang bebas daripada PH, sebaliknya terus memusuhi BN dan Muafakat Nasional, dua parti yang menjadi tunjang harapan kaum Melayu. Apa yang rakyat lihat, kelahiran ‘Pejuang’ sama juga dengan kelahiran PPBM dahulu, hanyalah bermatlamatkan untuk memecah-belahkan kuasa politik Melayu, sebagaimana kebencian Mahathir terhadap kaum Melayu. Anehnya, dia masih mahu mempergunakan kaum Melayu atas nama ‘pejuang tanah air’ sedangkan selama ini dia mengutuk, menghina dan mencaci kaum Melayu sebagai pemalas, perasuah dan perompak.

‘SELAMAT TINGGAL BERSATU’- HANYALAH KEKECEWAAN MAHATHIR

Dia telah menyemai sejak 8 September 2016 lagi, dan apabila tanaman tidak menjadi, cuma bunganya sahaja yang kembang pada Mei 2018, dengan kebaculannya dia meninggalkan Bersatu pada Februari 2020. Kini dia menyemai pula benih-benih Pejuang dari kalangan kaum Melayu yang pernah dia hina dan caci sebagai pemalas, perompak dan penyangak.

BUKA PINTU KEPADA BUKAN-MELAYU; LEBIH BAIK BUBARKAN SAHAJA BERSATU

Perkara yang menjadi racun pada wajah Bersatu ialah ‘bayang-bayang Mahathir’ yang masih menghantui parti itu sehingga UMNO tidak mahu menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya membuka pintu yang luas untuk PN menyertai Muafakat Nasional, kesatuan yang telah diikat dengan piagam janji-setia antara UMNO-PAS. Di tengah-tengah kemelut penguncupan serta layunya bunga Bersatu, UMNO telah berlapang dada untuk menerima TS Muhyiddin kembali ke pangkuannya. Dengan keterbukaan UMNO yang sedemikian tulus, amatlah baik bagi TS Muhyiddin membubarkan terus Bersatu dan menarik ahli-ahlinya untuk bersama dengan UMNO.

DEDALU DI PRK DUN SLIM

Walau bagaimanapun jika perkara asas penubuhan parti belum lagi terlaksana mengapakah puak ini masih terhegeh-hegeh meletakkan calon, ibarat dedalu memanjat induk sehingga ke pucuk, sedangkan akar tidak mencecah tanah. Dalam konteks PRK DUN Slim, kami melihat calon proksi Mahathir sebagai calon dedalu atau jika tidak, ia hanyalah tikus bagi eksperimen Mahathir. Pastinya mereka tidak rabun untuk menyedari bahawa sudah empat penggal DUN Slim adalah milik UMNO-BN, manakala calon lawan UMNO adalah PAS yang kini sudahpun berada dalam satu kesatuan Muafakat Nasional.

TUN MAHATHIR BUAT KARUT LAGI, DIA TIDAK LETAK JAWATAN PM

Antara beberapa sifat egosentrik yang terlihat pada Mahathir adalah antara lain, pertamanya ‘memori egosentrik’ yang cenderung untuk melupakan bukti-bukti nyata dan maklumat yang tidak menyokong kebenaran. Kedua, khalayak media dapat melihat ‘myopa egosentrik’ pada Mahathir yang menonjolkan sifatnya intelektualnya yang rabun pada tindakannya, bebal dan tidak mahu mengaku salah tetapi berpegang pada alasan yang cetek. Ketiganya, ialah ‘hipokrasi egosentrik’ yang memperlihatkan Mahathir sebagai manusia yang amat cenderung untuk menafikan kenyataannya yang tidak tekal, dan berubah-ubah tentang apa yang dia percaya dengan apa yang sebenarnya telah berlaku.

WordPress.com.

Atas ↑