ANWAR TIDAK BOLEH BERPISAH DENGAN DAP

Namun sokongan terhadap DAP hanya berlegar dalam kalangan orang Cina manakala orang Melayu tidak dapat menerima ‘Malaysian Malaysia’ malahan ia bertentangan dengan peruntukan hak dan keistimewaan Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana tercatat dalam Perkara 153. Tiada jalan lain bagi DAP, selain daripada memenangi minda orang Melayu melalui propaganda halus mereka, namun orang Melayu amat taat pada agama Islam, sedangkan DAP telah dikenali sebagai parti yang ada pertalian falsafah dengan komunisme.

APA SEBENARNYA TUJUAN NAZRI KUMPUL SD UNTUK HISHAMUDDIN?

Hairannya mengapakah Nazri sendiri tidak menjadi jurucakap kepada UMNO untuk merafak sembah dan menyatakan kepada DYMM Agong bahawa sebilang besar AP UMNO tidak menyokong Anwar sebagai PM? Mengapakah harus Hishamuddin? Adakah Hishamuddin dipergunakannya atau Nazri sahaja mahu melaga-lagakan Zahid dan Hishamuddin atau dari satu aspek lagi antara Hishamuddin dan Anwar?

TIDAK GUNA MENGENDENG BERSATU, JIKA AHLINYA SENDIRI LARI KELUAR PARTI

Tun Mahathir sendiri yang merupakan pengasas Bersatu meramalkan bahawa Bersatu di bawah Muhyiddin Yassin akan tewas pada PRU-15 nanti kerana, UMNO berkeras tidak akan melepaskan kerusi tradisionalnya kepada Bersatu yang dilihat sebagai pengkhianat kerana melompat meninggalkan UMNO. Apalah ertinya sekiranya ada segelintir golongan kluster Menteri UMNO dalam PN yang mengendeng-ngendeng untuk bersama-sama dengan Bersatu pada PRU-15 nanti sekiranya ahli-ahli Bersatu sendiri lari keluar meninggalkannya. Bak kata pepatah, tiada guna berpaut pada dahan yang rapuh, kelak tersungkur dibaham bumi.

KECELARUAN POLITIK MAHATHIR

Apakah hala tuju Mahathir dengan penubuhan parti baharu yang akan dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia (PBRM)? Tiada lain yang kelihatan, kecuali kecelaruannya yang terbina daripada kekusutan mindanya setelah mengkhianati rakan-rakan komponen dalam PH, PPBM, malah PKR. Kecelaruan Mahathir diasak oleh kegelabahannya, setelah apa yang ada padanya hanyalah 5 ahli parlimen, termasuk anaknya Mukhriz yang menjadi sandaran kepada masa depannya yang amat pendek. Mungkin Mahathir ada jalan pintas untuk merungkai kecelaruan dan kekusutan mindanya yang seribu kedutan, iaitu dengan mencari parti lain yang sudah berdaftar untuk dibeli dan diletakkan di bawah telapak kakinya.

WordPress.com.

Atas ↑