Terkini, Hakim Negara YAA Tengku Maimun Tuan Mat telah membangkitkan isu ’protokol’ yang harus dipatuhi dalam hal tindakan SPRM menyiasat kes Hakim Nazlan dan beliau telah membuat kenyataan bahawa siasatan terhadap Nazlan adalah ‘berniat jahat’. Telahan Ketua Hakim itu telah dibidas dan disanggah oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa tidak ada mana-mana peruntukan Perlembagaan yang jelas atau yang kabur sekalipun untuk berkait, tentang prinsip kebebasan kehakiman serta protokol dalam hal penyiasatan ke atas mereka. Sebagaimana persoalan yang dibangkitkan oleh Tun Abdul Hamid, adakah pihak Hakim Negara mahu menyalahkan siasatan SPRM ke atas Nazlan atau cuba membersihkan nama Nazlan?
VIDEO – BEKAS KETUA HAKIM NEGARA SETUJU DAN SOKONG NAZLAN DISIASAT
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad bersetuju dengan tindakan SPRM menyiasat Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali atas prinsip bahawa pihak berkuasa seperti SPRM hendaklah diberikan kebebasan untuk sebarang siasatan jenayah rasuah, sebagaimana kebebasan tanpa sebarang campur tangan ke atas badan kehakiman negara. Kebebasan yang diberikan kepada badan kehakiman tidak bermakna bahawa kebebasan itu termasuk kebebasan melakukan jenayah dan bebas daripada sebarang siasatan. Sudah ada banyak precedence apabila hakim didakwa oleh SPRM mahupun PDRM dan didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah.
PEMBANGKANG LABELKAN KABINET BAHARU SEBAGAI ‘KITAR SEMULA’
Kerajaan sekarang ini perlu hentikan kegagalan kerajaan terdahulu termasuk penguatkuasaan yang tidak adil, dasar yang sering bertukar, pusingan-u dalam pelaksanaan SOP dan penangguhan vaksinasi selain melaksanakan program ujian saringan besar-besaran. Hampir semua menteri dan timbalan menteri di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik semula sementara hanya beberapa wajah baru dilantik manakala beberapa daripada mereka hanya bertukar portfolio. Walau apapun prasangka pelbagai pihak, DS Ismail Sabri memberikan tempoh 100 hari untuk para menteri membuktikan pencapaian serta kemampuan mereka baik dalam aspek menangani Covid19 mahupun aspek ekonomi, pendidikan, keselamatan dan kebajikan rakyat.