‘KERAJAAN PH’ ATAU ‘KERAJAAN PERPADUAN’ – PEMIMPIN MELAYU HENDAKLAH BERHATI-HATI DENGAN MUSANG BERNAMA DAP

Sehinggakan, semasa menunggu untuk mengambil ubat di Hospital Putrajaya tengah hari 24 November 2022, isteri saya terdengar seorang pesakit perempuan berkata, “Kali ni DAP tak ada, cuma PKR. Cina tak ada pun, semua Melayu. PH la ni berlain daripada PH dahulu. Dulu PH Mahathir. Ini PH Anwar. Kita sokong pun tak apa.” Begitu berkesan sekali taktik mereka. DS Anwar dari awal lagi bersetuju untuk mengadakan kerajaan perpaduan. Alasan yang digunanya ialah beliau tidak mahu derhaka kepada YDPA. Sebenarnya beliau tahu itulah satu-satunya cara untuk beliau menjadi PM.

VIDEO – BUKTI DAKWAAN TERPILIH TERHADAP PEMIMPIN UMNO, TERBONGKAR

Ironinya Muhyiddin tidak pernah mahu kes dana 1MDB berjumlah RM1.04 juta yang masuk ke akaun Hakim Nazlan Ghazali, disegerakan. Lebih menjengkelkan Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi yang telah menjatuhi hukuman ‘bersalah’ ke atas DS Najib, sedangkan di sebalik tabir terdapat ‘konflik kepentingannya’ dalam kes 1MDB. Muhyiddin mahupun Mahathir tidak pernah mendesak SPRM mahupun pihak pendakwaraya supaya mengheret bekas Gabenor Bank Negara Zety Akhtar ke mahkamah kerana suaminya Tawfiq Ayman di Singapura telah menerima dana 1MDB daripada Jho Low.

HAKIM WENG KWAI MAHU SPRM DEDAH SEGERA HASIL SIASATAN TERHADAP NAZLAN

Setelah bekas Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad membidas pihak yang cuba melindungi siasatan ke atas Hakim Nazlan, kini bangkit pula bekas Hakim Mahkamah Rayuan, YAA Mah Weng Kwai meluahkan perasaan beliau terhadap pencabulan keluhuran dan integritI badan kehakiman yang cuba menyekat siasatan SPRM. Pandangan tokoh seperti YAA Mah Weng Kwai mempunyai kredibiliti, berwibawa, dan amat signifikan kerana beliau adalah bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan juga bekas Presiden Majlis Peguam.

INGATLAH PENGUNDI DAN RAKYAT MELAKA, PH-BERSATU TIDAK MEMBELA ISLAM

Selain itu bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mendedahkan bahawa perjanjian antara PH dengan parti Bersatu yang ditandatangani pada 13 Disember 2016 membuktikan bahawa PH, meskipun mempunyai komponen pemimpin Melayu (Islam?) tidak mempunyai kuasa untuk mencegah kebiadapan, penghinaan dan pencabulan ke atas kesucian agama Islam. Klausa 1(1) Perjanjian PH dengan PPBM itu, antara lain menyebut mereka akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan 'bebas' aman dan damai. Sedangkan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, antara lain; “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.” Kosa kata “bebas” yang ditambah telah memberikan satu ruang atau parameter tambahan kepada golongan cauvinis kafirun itu untuk bertindak melampaui keadaan ‘aman dan damai’.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: