RAKYAT SABAH PUN MARAH PN

Pada satu kenyataan Muhyiddin lain menyeru rakyat dan pemimpin Sabah agar mewujudkan hubungan yang intim antara kerajaan Negeri Sabah dan kerajaan Persekutuan. Malangnya pada majlis yang lain, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang amat berbeza apabila dia mengatakan “kerajaan persekutuan tidak akan membantu kewangan dan pembangunan Sabah” sekiranya kerajaan Negeri Sabah tidak sehaluan dalam soal urus tadbir dengan Kerajaan Persekutuan. PM TS Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN khususnya, hendaklah berhati-hati dengan emosi rakyat dan kepimpinan politik di Sabah, kerana gejala ‘katak politik’ amat lewah di sana.

GERAKAN KHIANAT JATUHKAN MUHYIDDIN DARIPADA PIHAK DALAM

Shahrir berkata, dua kem yang didakwa sedang menggerakkan usaha berkenaan adalah pihak dalaman Jemaah Menteri Perikatan Nasional (PN) dengan gabungan menteri Umno dan Bersatu manakala sebelah pihak lain adalah Pakatan Harapan (PH) yang mengimpikan kerajaan baharu yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Bagaimanapun beliau berkata, gerakan membabitkan menteri Umno itu tidak mendapat restu pimpinan tertinggi parti.

WordPress.com.

Atas ↑