DS NAJIB SEWAJARNYA DIBEBASKAN DAN KES DIBATALKAN

Maka, janganlah terkejut jika kes DSNR ini diumumkan batal atau digugurkan atau mungkin dibicara semula secara adil dengan semua bukti baru diizinkan dan dikemukakan kepada khalayak. Sebagai kesan kolateral, jangan terkejut juga jika hakim Nazlan sendiri akan dibicarakan, kerana kertas siasatan SPRM dan Polis telah lama lengkap dan terperuk dimeja Peguam Negara tanpa apa-apa tindakan sehingga kini. Inilah fakta ‘national embarassment’ yang sepatutnya menjadi manipulasi pihak konspirator yang mahu menjatuhkan DS Najib, dan bukannya klise ‘perompak Bugis’, ‘kluster mahkamah’ dan ‘kleptokrat’ sebagaimana selalu mereka jaja terutamanya Muhyiddin, Mahathir, pemimpin PAS, DAP dan blok pembangkang yang lain.

VIDEO – BALACI KONSPIRASI SUDAH PANIK, QC AKAN PANTAU UNDANG-UNDANG RIMBA LEGASI PH

Lantas, amatlah wajar DS Najib menggunakan khidmat QC United Kingdon untuk membela dirinya yang dilihat tidak mendapat pembelaan yang adil dan saksama, malah di sekeliling sistem perundangan negara seakan-akan dikawal oleh tangan ghaib, yang dipercayai berselindung di sebalik satu konspirasi politik. Justeru tidak hairanlah bahawa balaci dalam konspirasi menjatuhkan DS Najib kini sedang menggelabah dan diserang sawan dan tidak ketentuan hala. Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak pelantikan Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom sebagai wakil DS Najib bagi membelanya daripada ‘Rule of the Jungle’, maka wajarlah rakyat melihat bahawa undang-undang Malaysia tiada lagi keluhuran dan kedaulatan!

ADAKAH HUKUMAN BERSALAH KE ATAS NAJIB HILANG KEABSAHAN SETELAH HAKIM DIDAKWA TERLIBAT DENGAN 1MDB?

Peguambela DS Najib, Shafee Abdullah menuntut sepatutnya Nazlan mendedahkan konflik kepentingannya yang ketara dan melucutkan kelayakan dirinya sebagai hakim perbicaraan kes itu. Lantas, adakah keputusan ‘bersalah’ yang telah dijatuhi ke atas DS Najib dan dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, masih ada keabsahan kerana terdapat ‘konflik kepentingan’ pada hakim yang mengendalikan kes?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: