VIDEO- KERAJAAN ‘KELUARGA MALAYSIA’ – AMAT BAIK BUAT DAP

Dalam ‘Keluarga Malaysia’ kita ibarat abang, adik dan kakak, lupakanlah segala sengketa. Kerana kita abang, adik dan kakak dalam satu keluarga, apa salahnya jika ada yang murtad ikut agama yang dia suka, biarkanlah abang dengan tabiat semburitnya, dan kakak dengan lebianismenya. Selepas ini juga tiada lagi prasangka tehadap ratifikasi ICERD dan Statut Rom. Semuanya baik-baik belaka. Buku komunis boleh disebarkan di sekolah-sekolah kerana ia menceritakan tentang pejuang kemerdekaan bukannya pembunuh angkatan tentera Malaya mahupun ATM atau gerila yang telah banyak membunuh kaum Melayu pedalaman tanpa belas kasihan.

GUAN ENG DIBEBASKAN OLEH ‘UNDANG-UNDANG RIMBA’ DALAM KES RASUAH BELI BANGLOW

Isu berat yang menjadikan undang-undang negara dilabelkan sebagai ‘undang-undang rimba’ ketika PH berkuasa hendaklah diungksiksn semula supaya integriti dan keluhuran perlembagaan dapat dipertahankan. Jika benar seperti yang diperakui oleh bekas Peguam Negara TS Tommy Thomas, maka pemimpin PH terutama sekali Tun Mahathir harus bertanggungjawab dan semua isu yang dibangkitkan oleh Tommy Thomas hendaklah dibawa ke mahkamah atau diwujudkan ‘Suruhanjaya Siasatan DiRaja’ untuk membongkar semua pencabulan ke atas badan perundang-undangan negara. Tommy Thomas juga adalah bekas peguam yang membela Lim Guan Eng dalam kes yang sama, sebelum dia diangkat sebagai Peguam Negara oleh kerajaan PH yang telah memerintah selama 22 bulan dalam keadaan yang amat huru-hara. Jika kes pembelian tanah lot Banglo yang dilihat hampir serupa dengan kes Lim Guan Eng, yang melibatkan bekas MB Selangor, DS Mohamad Dr Khir Toyo, telah dibicarakan sehinga mengheret beliau ke penjara selama setahun, bagaimanakah kes Setiausaha Agung DAP ini boleh digugurkan begitu sahaja?

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: