KKM BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DR MUSA NORDIN

(KKM) yang akan bertindak membuat laporan polis ke atas Dr Musa Mohd Nordin yang menuduh berlaku rasuah dalam isu vaksin Moderna, sebagaimana disiarkan oleh SinarHarian. Dr Musa dikenali bukan sahaja sekadar penyokong kuat Pakatan Harapan (PH) tetapi adalah sebahagian daripada kerajaan PH apabila beliau dilantik sebagai penasihat oleh bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, ketika PH berkuasa.“Kita berhadapan dengan pandemik berskala besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu cara untuk maju ke hadapan adalah untuk semua orang bersikap empati dan mengelakkan diri daripada menjatuhkan moral barisan hadapan dengan melancarkan permainan menyalahkan orang lain.”

YANG MANA SATU BERITA PALSU?

Lantas, berita manakah yang benar dan berita manakah yang palsu, tentang sektor perkilangan sebagai penyumbang utama penularan Covid19? Apa yang rakyat dan khalayak media perhatikan ialah, sekiranya sesuatu berita itu membawa mesej yang positif terhadap pihak kerajaan, meskipun ia palsu, maka ia bukan satu kesalahan di bawah Ordinan Antiberita Palsu.

VIDEO – GERUN APABILA KONTENA DIPERLUKAN UNTUK MAYAT MANGSA COVID19

Kebanyakan hospital utama yang mengendalikan mangsa Covid19 sedang mengalami kesempitan ruang simpanan mayat mangsa Covid19 dan terpaksa menggunakan kontena yang boleh memuatkan antara 12 hingga 20 mayat bagi kontena bersaiz enam meter sementara menunggu giliran untuk diuruskan. Menteri Undang-Undang DS Takiyuddin Hassan pernah mengeluarkan kata-kata ‘jaminan’ bahawa Darurat telah membawa kejayaan sebagai pendekatan mengekang Covid19. PM TS Muhyiddin Yassin, pula pesimistik bahawa situasi di Malaysia akan menjadi tidak terurus jika jumlah kes jangkitan meningkat kepada 13,000 kes sehari. Hakikatnya, angka tersebut telah pun menjadi kenyataan pada 15 Julai (3 hari lalu) apabila rekod menunjukkan jumlah kes jangkitan harian adalah 15,215 dengan 110 kes kematian.

GUAN ENG MARAH BILA TAHU VAKSIN TIDAK JADIKAN SESEORANG ITU KEBAL COVID19

Guan Eng mengambil contoh negara-negara Eropah yang mengisytiharkan negara mereka sebagai selamat daripada Covid19 telah pun membuka stadium bola sepak kepada orang awam untuk menyaksikan kejuaraan UEFA Euro. Sebaliknya Malaysia masih berada dalam perintah kawalan pergerakan ‘total lockdown’. Hakikatnya Guan Eng lupa bahawa situasi pandemik Covid19 di Eropah telah timbul semula dengan varian Delta, sebagaimana ia mula menyerang rakyat Belanda dengan kadar yang amat mengejutkan.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: