ISU BATAL OD DIBAWA KE PARLIMEN HARI INI, TAPI JALAN MASUK PARLIMEN DISEKAT

Pengumuman pembatalan OD serta tarikh kuatkuasa pembatalan yang diketerbelakangkan (backdated) telah mengundang kekecohan dan hujahan panas antara MP pembangkang dan kerajaan. Perkara aneh yang terbangkit ialah MP kerajaan sendiri tidak tahu-menahu tentang pembatalan tersebut, termasuk Timbalan Speaker DS Azalina Othman Said, sedangkan Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan duka cita DYMM Agong terhadap pembatalan OD yang tidak dibincangkan dalam parlimen. Keadaan menjadi bertambah kusut apabila pada hari ketiga Sidang Khas Parlimen Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan semua sesi mesyuarat di Parlimen, ditangguhkan selama dua minggu bermula 29 Julai lalu bagi mencegah perebakan jangkitan COVID-19. Secara kasar, nampaklah sangat TS Muhyiddin Yassin cuba lari daripada berdepan dengan pelbagai persoalan dan perdebatan daripada pihak pembangkang dalam Sidang Khas Parlimen itu dengan menggunakan Covid19 sebagai senjata.

VIDEO – MOGOK 23,000 DOKTOR ANCAM NYAWA MANGSA COVID19

Dengan jumlah jangkitan Covid19 yang telah memuncak kepada 17,045 kes harian semalam dan menjadikan jumlah kumulatif 1.013 juta, kerajaan dan KKM pastinya gelabah apabila ditekan dengan desakan mogok oleh 23,000 doktor kontrak. Semua doktor kontrak di seluruh negara bersepakat melaksanakan hartal berkenaan jika dua tuntutan yang dikemukakan dalam Memorandum Gerakan #Hartal tidak dipenuhi kerajaan dalam tempoh ditetapkan. Malahan, amaran telah mereka berikan untuk tidak menghadiri tugas harian di hospital bermula 26 Julai, sekiranya tuntutan mereka gagal dipenuhi oleh pihak kerajaan.

AMAT BIADAB ORANG AZMIN DESAK DR NOOR HISHAM LETAK JAWATAN

Setiausaha Akhbar (atau ‘bekas’) Menteri MITI, Adlin M Zabri melalui ciapan Twitter telah mencatatkan “DR, anda jelas gagal melakukan perancangan yang tepat dan seluruh sekatan pergerakan penuh ini menunjukkan anda tidak mampu menangani (pandemik Covid-19).Teruskan dengan pembedahan atau lebih baik berhenti.” Sekiranya orang yang bertungkus-lumus siang malam, dan bermati-matian cuba menyelamatkan rakyat daripada serangan Covid19, diminta letak jawatan, maka siapa lagi yang akan menjadi sandaran rakyat? Nampak benarlah Adlin dengan biadabnya telah menembak musuh yang salah.

WordPress.com.

Atas ↑