SEBUAH PARLIMEN TAK BOLEH BEROPERASI, TAPI 158 RIBU KILANG BOLEH BEROPERASI

Hanya terdapat sebuah sahaja Parlimen, dengan 222 pekerja tetapnya, tidak dibenarkan beroperasi, sebaliknya kerajaan PN sanggup mempertaruhkan 1.57 juta nyawa rakyat marhaen yang terkial-kial mencari makan kepada pandemik Covid19.

ADA YANG BUKA PINTU BELAKANG

Cukuplah dengan naratif ‘pintu belakang’ yang menjijikan daripada ‘pintu belakang seks songsang’ kepada ‘pintu belakang’ kerajaan PN yang menamatkan 22 bulan pemerintahan kerajaan kakistokrasi PH. Sekarang ini bukan ketikanya rakyat dihidangkan dengan naratif politik songsang sedemikian, sebaliknya inilah masanya kita tuntas bertekad, komited dan serius tanpa dolak-dalek untuk melawan Covid19.

SIAPA EXCO ARMADA YANG MAHU RAKYAT JADI LEMBU DICUCUK HIDUNG?

Saiful tidak menunjukkan sifat dinamik seorang pemimpin yang berdiri atas paksi demokrasi, sebaliknya dia lebih suka rakyat berdiam diri seperti ‘lembu dicucuk’ hidung, tanpa perlu meninjau dan prihatin terhadap apa yang sedang berlaku. Asyraf atau sesiapa juga seharusnya diberikan platform untuk mengetahui mengapakah kerajaan PN terutamanya Menteri Kanan Ekonomi masih memberi ruang dan membuka pintu kepada sektor perkilangan sedangkan apa yang sedang digerakkan adalah ‘total lockdown’ atau ‘Perintah Kawalan Pergerakan Penuh’ di tengah-tengah pelaksanaan Proklamasi Darurat.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: