PEMIMPIN DAP ANTHONY LOKE HIPOKRIT KERANA BANTAH PEMBINAAN LEBUH RAYA DAN PENGAKUTAN REL

Premis yang cuba diketengahkan Loke adalah supaya projek pengangkutan awam sedemikain dihentikan. Sebaliknya adakah kerana projek-projek tersebut tidak diberikan kepada kroni-kroni DAP? Hakikatnya Loke tidak melihat bahawa pembinaan rumah kediaman pencakar langit di Lembah Kelang adalah punca utama yang menjadikan Lembah Kelang sesak dan padat, lantas menyebabkan kesesakan lalu lintas. Lihatlah apabila terbinanya rumah pencakar langit, jumlah penduduk menjadi padat tertumpu pada radius yang kecil, sedangkan setiap rumah sekurang-kurangnya mempunyai dua kenderaan.

KENAPA DAP KAITKAN KES BASIKAL LAJAK DENGAN DS NAJIB DAN TIDAK PERSOALKAN TOMMY THOMAS BENARKAN RAYUAN PENDAKWAAN?

DAP mempersoalkan kenapakah Najib dibenarkan ikat jamin sedangkan permohonan Sam Ke Ting ditolak? DAP juga diam membisu terhadap kematian saksi penting pendakwaan kes Terowong Bawah Laut, Ewe Swee Kheng yang membabitkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng. DAP juga tidak mahu salahkan Peguam Negara PH, Tommy Thomas yang memfailkan rayuan terhadap keputusan kali pertama untuk bebaskan Sam Ke Ting pada tahun 2019? Tanpa mahu menggangu keputusan mahkamah, bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman memandu, hanya ada dua kemungkinan apabila melihat pada foto selepas tragedi, sama ada pemandu telah memandu dengan laju melulu, atau mungkin pemandu mabok.

HIMPUNAN ‘TANGKAP AZAM BAKI’ ADALAH SERANGAN TERSASAR YANG KENA MUHYIDDIN-BERSATU

Namun sekiranya pihak demonstrasi ‘Tangkap Azam Baki’ mahu menyerang UMNO dan Ismail Sabri, nampak sangat mereka ini bongok, dan emosional, kerana yang melantik Azam Baki adalah Presiden Bersatu iaitu Muhyiddin Yassin yang menggantikan PH-Mahathir. Mereka mahu Azam Baki ditangkap, tetapi mereka lupa Azam Baki adalah sebahagian daripada mekanisme untuk kenakan dakwaan terpilih terhadap pemimpin UMNO supaya ada yang sanggup menjadi ‘katak politik’ untuk memperkukuhkan Bersatu. Banner dan playcard mereka tertulis ‘tangkap corruptor’ tetapi mereka lupa bahawa Syed Saddiq dan Lim Guan Eng juga sedang menghadapi tuduhan sebagai ‘corruptor’.

(Video) RASUAH LIM GUAN ENG – DS NAJIB JAWAB LIMA FAKTA SKANDAL TEROWONG BAWAH LAUT

Guan Eng cuba melontarkan propaganda dengan matlamat untuk memperbodohkan rakyat, apabila mencanangkan bahawa dia telah menang kes saman terhadap Raja Petra Kamarudin - MalaysiaToday yang cuba digambarkan sebagai penyebar fitnah bagi kes terowong berkenaan. Adakah ia merupakan fitnah sekiranya beberapa hari lalu (1 Julai) Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Jeffrey Chew Gim Eam direman empat hari bagi membantu siasatan kes projek terowong berkenaan?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: