Di PRN Johor misalnya DAP telah meletakkan Marina Ibrahim di DUN48, Skudai di kawasan majoriti Cina supaya terlihat bahawa ia tidak mengabaikan kaum Melayu tetapi pada hakikatnya sebagaimana keputusan pemilihan CEC DAP pada Ahad 20 Mac, kaum Melayu hanyalah patung manequin semata-mata. Pada senarai pemimpin terpilih CEC, ia menunjukkan warna DAP yang sebenar, apabila dalam senarai 30 calon yang dipilih, hanya seorang sahaja daripada kaum Melayu, itu pun merupakan seorang wanita yang mudah dicucuk hidungnya.
SADDIQ BUTA TERHADAP GEJALA PILIH KASIH PH
Saddiq juga lupa bagaimana keterlibatan sekumpulan pentaksub Al-Maunah yang dipenjara kerana disabitkan dengan kesalahan keganasan, malahan ketuanya dijatuhi hukuman gantung, sedangkan pihak yang dikaitkan dengan aktiviti pengganas LTTE dibebaskan begitu sahaja. Malahan kes pembebasan mereka itu dianggap sebagai penghinaan terhadap PDRM. Tidakkah itu pilih kasih namanya?