NETIZEN DAN RAKYAT JANGAN TERPEDAYA DENGAN KONSPIRASI KENAIKAN HARGA BARANG. SIASAT KONSPIRASI DIN PAGOH, SIAPA MENTERI MITI, MENTERI EKONOMI, MENTERI KEWANGAN, MENTERI KOMODITI, MENTERI MAFI, DAN SIAPA PENGERUSI MPN?

Rata-rata netizen mula terpengaruh dengan fitnah, pembohongan dan perangsaraf pihak musuh UMNO-BN. Apatah lagi apabila ‘Red Bean Army’ DAP sudah mula menggiatkan dakyah mereka dengan fitnah dan pembohongan, dan cuba menutup konspirasi konco-konco PH yang kini berada dalam kerajaan. Tidak kurang juga pemimpin DAP yang terkenal dengan mulut biadap mereka yang sudah menjadi budaya bangsa DAP, cuba mempengrauhi rakyat dan menuding jari kepada UMNO sebagai bertanggungjawab akan kenaikan harga barang harian, serta kemelut inflasi ketika ini.

VIDEO – NAJIB BAWA AURA BARU DI PULAU PINANG, SEBALIKNYA KEYAKINAN MASYARAKAT CINA PADA DAP JATUH MERUDUM

Nampaknya amatlah signifikan bagi Ketua Penyelidik Ilham Centre, Prof. Madya Dr Yusri Ibrahim yang mendapati bahawa tahap keyakinan (confidence level) masyarakat Cina terhadap PH-DAP sudah menyusup jatuh. Malahan Lim Guan Eng sendiri telah mengakui bahawa sokongan pengundi kepada DAP akan merosot pada PRU15 nanti. Menambahkan lagi signifikan dapatan Ilham Centre, sudah ada pemimpin DAP yang menggesa supaya Guan Eng meletakkan jawatan atau bersara terus daripada politik sebagaimana bapanya Lim Kit Siang yang mengisytiharkan persaraannya dari politik, baru-baru ini dalam pemilihan CEC DAP di Shah Alam.

RAFIZI, SUDAH KEMBALI MULAKAN SIRI FITNAHNYA

Rafizi menuduh tanpa fakta, “Lebih-lebih lagi apabila sejumlah wang yang besar melebihi berbilion-bilion ringgit telah pun disuntik ke dalam Sapura sejak lebih sedekad yang lalu.” Sedangkan kerajaan tidak pernah membantu Sapura, tetapi telah membantu menyelamatkan Proton, Air Asia, MAS, MISC yang dahulunya dimiliki oleh anak Tun Mahathir, dan banyak lagi, tetapi bukannya Sapura.

KES BMF SEPERTI BERULANG APABILA SYARIKAT JUDI GENTING HK MUFLIS

Pihak media telah melaporkan tiga bank Malaysia, Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad yang dijangka mengalami kerugian USD600 juta atau RM2.51 bilion ekoran Genting Hong Kong yang diisytihar muflis. Jika prosedur pinjaman tanpa cagaran ini biasa bagi bank, sebagaimana jawapan Zafrul, ia pastinya melingkupkan institusi kewangan negara. Status muflis Genting Hong Kong, seakan-akan mengulangi skandal BMF ketika Tun Mahathir berkuasa, sehingga menyebabkan kematian akauntan BMF, Allahyarham Jalil Ibrahim yang dibunuh di Hong Kong.

TIADA GUNA ROMBAK KABINET SEKIRANYA MASIH MEMILIH MENTERI KERAJAAN GAGAL MUHYIDDIN

Sekiranya Ismail Sabri hanya mahu mengubah portfolio menteri, seperti mengubah tempat duduk, maka tidak payahlah merombak kabinet, percepatkan sahaja PRU, supaya katak-katak politik termasuk pihak hipokrit agama yang mencabul piagam MN dapat disingkirkan. Rakyat sedang menyimpan dendam dan sebahagiannya telah mereka bayar pada PRN Melaka, PRN Sarawak dan tujuh PRK sebelum jatuhnya PH.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: