SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, KETUA PENERANGAN BERSATU AKUI MUHYIDDIN MAHU BUNUH UMNO DI PRU15

Survival Muhyiddin dan Bersatu sememangnya sudah seperti nyawa ikan yang tersadai di darat, kecuali menggunakan ‘orang kita’ dalam badan berkuasa kerajaan untuk mengugut ahli parlimen dalam dakwaan terpilih, lantas kekuatannya hanya bergantung kepada katak-katak yang amat riuh pada musim hujan dan banjir. Jelas sekali Bersatu dan PH berpisah tiada, merekalah yang merancang ratifikasi ICERD dan Statut Rom untuk turut membunuh hak dan kedudukan kaum Melayu-Bumiputera, hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu, dan, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: