Hari ini TS Hadi Awang yang popular dengan label ‘Duta Gaji Buta’ lagi sekali membangkitkan isu ‘atap bocor’ untuk melapik gerakan ‘tebuk atap’ sebagai kenyataan sinis kepada usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku pada penggal lalu (PRU14), dan janganlah mengganggu-gugat kerajaan sedia ada yang dipilih rakyat, dan berikanlah peluang kepada DS Anwar Ibrahim untuk mentadbir, terutamanya dalam hal pemulihan ekonomi yang telah dicacatkan oleh Muhyiddin.
PILIHAN RAYA SEMEMANGNYA PERNAH DIBUAT PADA BULAN NOVEMBER – JANGAN TERPENGARUH RENTAK ‘PENGECUT DAN PUTAR ALAM’
PRU sememangnya pernah diadakan pada bulan November, tanpa sebarang rungutan dan cemuhan sebagaimana PRU10 pada tahun 1999. Apakah ada yang mati kerana PRU10 itu? Lantas, usahlah menjaja dengan alasan dan propaganda dangkal untuk menyelamatkan kluster mahkamah yang diakibatkan dakwaan terpilih dan kepincangan badan kehakiman, tetapi fikirkanlah tentang kestabilan politik dan ekonomi negara yang menjadi faktor utama untuk menyelamatkan ekonomi rakyat.