Gelagat kerakusan nafsu manusia mungkin boleh disembunyikan daripada makhluk Allah yang lain, namun Allah tahu setiap kelumit kejahatan dan kebaikan hati hambanya. Sumpah laknat atau sumpah mubahalah yang telah dibuat oleh DS Najib di masjid Kampung Baru pada 21 Ogos 2022, mungkin ditanggapi sebagai langkah tempang untuk mengelabukan rakyat dan masyarakat Islam seluruh dunia, namun ulamak bersetuju bahawa sumpah laknat tidak boleh dipermainkan. Namun hari ini, malah sebelumnya juga, beberapa peristiwa politik negara, termasuk tuduhan rasuah berprofil tinggi, seperti sedang memantulkan kesan sumpah mubalah DS Najib itu kepada pihak yang menganiaya dirinya.
VIDEO – AHMAD SAMSURI DICABAR ANGKAT SUMPAH LAKNAT
Dengan itulah Ketua Penerangan UMNO Selangor, Isham Jalil mencabar agar MB Terengganu, juga merangkap Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar melakukan sumpah laknat untuk menyangkal apa yang Samsuri terjemahkan sebagai ‘sampah’ iaitu merujuk kepada laporan dan ‘minit mesyuarat Political Engagement PAS Pusat’ yang tular beberapa hari lalu dalam media sosial dan media arus perdana.
ZAHID BERANI SUMPAH LAKNAT, ADAKAH MUHYIDDIN BERANI JIKA DIA BENAR DENGAN TUDUHANNYA?
Zahid bukan sahaja menafikan dakwaan Muhyiddin itu, malahan beliau sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat TSMY ke atas saya. Dengan itu Zahid bertanya adakah Muhyiddin juga bersedia dan sanggup untuk melakukan sumpah laknat terhadap dakwaannya yang dianggap fitnah itu? Muhyiddin memberi respons bahawa beliau tidak akan bersumpah mengenai dakwaannya itu kerana beliau tidak berbohong.
ADA YANG SANGGUP FITNAH DS NAJIB DENGAN SUMPAH LAKNAT DEMI PH
Semalam, tersebar dalam media, bidasan bekas Menteri MITI era Mahathir yang melabelkan kerajaan Ismail Sabri sebagai menggunakan pendekatan “buat pekak, bisu, buta dan tak tahu” dalam tadbir urus susulan banjir dan pandemik Covid yang sedang dihadapi negara. DS Najib mencatatkan bahawa, sebulan (14 April 2018) sebelum PRU14 , bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada era Mahathir berkuasa, telah mengucapkan kenyataan tuduhannya dengan ayat "Saya bersaksi dengan Allah" dan diakhiri dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” kononnya 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik 3 individu dan mereka kini memiliki ‘setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan atau pihak tentera. Anehnya hari ini rakyat menjadi saksi apabila banyak kes yang melibatkan kroninya, Tun Mahathir akan hanya mengatakan “Saya tak tahu, saya tak tahu” kerana itulah sahaja yang dia tahu.
(Video) PH DITIMPA BALA, HANYA MAMPU BERKUASA 22 BULAN
Oleh Dr Mamat Desa https://www.youtube.com/watch?v=SW7HYoLDZb0&t=12s Video dimuat naik daripada YouTube Allahuakbar, Wallahua’lam. Allah Maha Besar dan Allah Maha Mengetahui. Doa orang yang teraniaya adalah mustajab sebagaimana doa sahabat Rasululullah SAW, Saad Abi Waqqas supaya menimpakan bala kepada Usamah bin Qatadah yang memfitnahnya: “Demi Allah, saya ingin berdoa meminta tiga perkara: ‘Ya Allah, jika hamba-Mu ini berbohong, dan... Continue Reading →