RAKYAT JANGAN LUPA BAGAIMANA BERSATU TELAH KHIANATI UMNO-BN DI PRN SABAH

Adakah MN suatu perjanjian yang bingai untuk menerima Bersatu sedangkan Bersatu adalah pihak utama yang merangka ‘ratifikasi ICERD dan Statut Rom’ sedangkan roh kepada perjanjian MN adalah menentang ICERD dan Statut Rom untuk menjaga ketutuhan Perlembagaan Persekutuan dalam hal mempertahankan kedudukan Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan agama Islam. Dengan strategi jahat Bersatu itu, UMNO terpaksa melepaskan banyak kerusi tradisional UMNO-BN yang mempunyai peluang tinggi untuk menang kepada Bersatu sebagai sebahagian rundingan akan diberi jawatan Ketua Menteri sekiranya gabungan PN-Bersatu menang. Namun begitu dengan sifat dengki dan khianat, Bersatu masih melawan BN di 17 kerusi DUN Sabah dan meletakkan calon bebas di 6 kerusi untuk memecahkan undi BN. Lebih menyakitkan hati, walaupun UMNO-BN telah berjaya memperolehi jumlah kerusi DUN tertinggi, Ketua Menteri Sabah tetap dilantik daripada orang Bersatu.

UMNO SUDAH PATAH HATI DENGAN PAS UNTUK BERSAMA DI PRN JOHOR

Lantas tindakan PAS diterjemahkan sebagai parti yang lebih mementingkan ‘kolam laba’ daripada Piagam MN yang dianggap sebagai “sebaik-baik perjanjian politik” oleh Nik Mohamad Abduh yang juga merupakan Ahli Parlimen PAS-Bacok. Kini MN ibarat panji buruk yang tidak lagi dikibarkan, tetapi akan tinggal menjadi artifak sejarah semata-mata.

NASIHAT KEPADA DS PRESIDEN PAS- ‘JANGAN JADI PAK KADOK’

Jika dianalisis secara mudah keputusan PRU-14 yang lalu, tidakkah gabungan UMNO-PAS boleh berubah menjadi 126 kerusi yang merupakan majoriti bagi melayakkan UMNO-PAS menguasai Putrajaya dan memperkukuhkan ‘mabdaul nidali’ bagi menegakkan kuasa Melayu-Islam tanpa mengabaikan hak kaum lain. Kembalilah ke pangkal jalan YB Hadi, dan janganlah jadi seperti Pak Kadok, sebagaimana semasa PRU14, ‘menang sorak tetapi tanah tergadai.’ Di manakah rasionalnya kebaikan yang akan PAS terima selain daripada mengorbankan kerusi-kerusi tradisi kepada golongan tamak kuasa dalam PPBM itu yang kini sedang tercungap-cungap mencari talian hayat, meskipun di Bahagian Pagoh.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: