Lantas, amatlah wajar DS Najib menggunakan khidmat QC United Kingdon untuk membela dirinya yang dilihat tidak mendapat pembelaan yang adil dan saksama, malah di sekeliling sistem perundangan negara seakan-akan dikawal oleh tangan ghaib, yang dipercayai berselindung di sebalik satu konspirasi politik. Justeru tidak hairanlah bahawa balaci dalam konspirasi menjatuhkan DS Najib kini sedang menggelabah dan diserang sawan dan tidak ketentuan hala. Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak pelantikan Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom sebagai wakil DS Najib bagi membelanya daripada ‘Rule of the Jungle’, maka wajarlah rakyat melihat bahawa undang-undang Malaysia tiada lagi keluhuran dan kedaulatan!
(Video) – JHO LOW ADALAH ALAT KONSPIRASI REJIM MAHATHIR
Jika Jho Low tertangkap, maka akan terdedahlah segala fitnah, hasutan dan penipuan yang bertahun-tahun dicanang oleh Mahathir terhadap Najib dalam konspirasinya menjatuhkan Barisan Nasional dan mengambil alih Putrajaya sebagaimana kejayaan 'haram' PH pada PRU14.