PENGUNDI DIPERBODOHKAN AHLI PARLIMEN ‘KAKI PONTENG’ SIDANG YANG JELAS TIDAK AMANAH

Sungguh mengecewakan pengundi apabila tiga pimpinan utama blok pembangkang tersebut mengabaikan tanggungjawab mereka, tetapi amat lantang di luar parlimen mengutuk dan membangkitkan isu. Itu pengecut dan hanya hebat sebagai ‘kaki putar alam’ sahaja. Tidak hairanlah sekiranya terdapat laporan pengundi dirasuah dengan gula-gula pilihan raya demi mempertahankan ‘kaki ponteng’ sedemikian. Sewajarnya ‘kaki ponteng’ sebegini digugurkan kedudukan mereka sebagai ahli parlimen kerana tidak amanah kepada rakyat yang memilih mereka.

SEKATAN JALAN KE PARLIMEN ATAU SEKATAN POLITIK?

Rakyat boleh bergerak ke mana-mana demi menyelamatkan kelangsungan ekonomi sedangkan kadar kematian semalam 13 September adalah 413 dalam tempoh 24 jam, antara rekod tertinggi kes kematian, meskipun jumlah kes jangkitan 16,073. Jika dibandingkan, jumlah jangkitan pada 2 Ogos ialah 15,764, dengan kes kematian 219, jauh lebih rendah dengan apa yang dirkodkan hari ini. Mengapakah hari ini 14 Sept, kerajaan tidak menyekat pergerakan AP ke parlimen sedangkan rekod jangkitan dan kematian adalah lebih tinggi daripada rekod 2 Ogos? Namun apabila AP Pokok Sena Mahfuz Omar bertanya mengapakah tiada sekatan pada pintu masuk kediaman Perdana Menteri pada 2 Ogos itu, yang kelihatannya sibuk sebagaimana dilaporkan oleh media, Hamzah Zainuddin tidak dapat menjawabnya.

VIDEO – MUHYIDDIN PARANOIA DENGAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA PARLIMEN

Meskipun janji itu telah dihebohkan dalam beberapa sidang media, namun nampaknya Muhyiddin dan kabinetnya masih paranoia atau diburu ketakutan sehingga sidang parlimen 26 Julai ini, digazetkan hanya sebagai ‘sidang khas parlimen’. Ia dijenamakan sebagai sidang khas, kononnya tidak akan ada perbahasan sebagaimana sidang parlimen yang biasa diadakan. Bukan itu sahaja, sidang khas parlimen itu dihadkan kepada hanya 80 ahli parlimen (AP) dengan 44 AP daripada pihak kerajaan, manakala hanya 36 AP daripada pihak pembangkang pada setiap satu sesi daripada jumlah lima sesi bagi selama lima hari persidangan.

(Video) PH TERKINJA-KINJA DESAK ADAKAN SIDANG TERGEMPAR PARLIMEN

Jika sebelum PH tumbang pada hujung Februari lalu, DS Anwar Ibrahim saban hari terkinja-kinja menuntut Tun Mahathir berikan kata putus tentang tarikh penyerahan kuasa kepadanya, kini dengan momentum yang sama dia dan konco-konco dalam PH menuntut pula supaya sidang tergempar parlimen diadakan. Sepatutnya mereka bersama-sama dengan kerajaan, bergelut menyelamatkan nyawa rakyat daripada serangan Covid-19. Apa... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: