Mahathir tidak boleh menyembunyikan sikap hipokritnya untuk membela umat Islam seperti Palestin, dan Rohingya, manakala Menteri Agama di JPM, telah menolak tindakan zalim kerajaan China terhadap kaum Uighur. Seluruh dunia mempunyai akses kepada sikap hipokrit Mahathir terhadap umat Islam di negaranya sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh DAP dan konco-konconya dalam PH. Adakah Mahathir boleh menutup mata rakyat yang tahu tentang penajaan Yahudi ke atas DAP berjumlah RM1.2 bilion, parti komponen kerajaannya? Hakikat ini didedahkan sendiri oleh bekas Pengarah Strategik Melayu-Islam DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman.
SUGARBOOK – DBKL CUBA SUBURKAN MAKSIAT DAN PELACURAN
BEBERAPA hari lalu (15 Dis) blog ‘Korek, Bongkar dan Dedah’ (KBD) telah menyiarkan artikel bertajuk ‘PR PBT adalah agenda DAP untuk memaksiatkan bandar raya’ di negara ini. Pilihan Raya PBT bukan sahaja satu perjuangan DAP untuk menguasai negara ini dengan strategi menguasai bandar raya, bahkan ia menjadi satu sumber kewangan daripada aktiviti pelacuran dan pelbagai maksiat... Continue Reading →