Gejala yang mengangkat ‘undang-undang rimba’ sejak PH berkuasa dan menjadi legasi mereka dalam badan perundangan dan kehakiman, hendaklah dibersihkan dengan perubahan kerajaan. Hanya mandat segera daripada rakyat sahaja yang dapat merobah semuanya ini.
BAGUSLAH MUHYIDDIN SEDAR DIA AKAN TERSUNGKUR PADA PRU15 NANTI
Sebelum ini TS Muhyiddin Yassin gelabah ke sana-sini, cuba mengkhianati PAS apabila mengadakan pertemuan sulit dengan PH, Warisan dan juga pemimpin Pejuang untuk membentuk ‘khemah besar’ kononnya bagi menghadapi PRU15, bagi mengalahkan BN. Namun Muhyiddin gagal mendapatkan kerjasama Mahathir, Shafie dan juga Majlis Presiden PH yang lebih suka melabelkannya sebagai pengkhianat yang telah mencabuli mandat rakayt dengan ‘Langkah Sheraton’ yang telah menumbangkan Mahathir dan ketajaan PH. Dua hari lalu, heboh apabila portal media melaporkan bahawa Muhyiddin telah meluahkan isi hatinya serta rasa pesimistiknya bahawa dia akan kalah pada PRU15 nanti.
MAHATHIR TERIMA SOGOKAN UKSB RM2.6 JUTA: RAKYAT SUKA MELIHAT DIA JADI AHLI KLUSTER MAHKAMAH
Selama ini Dr Mahathir sering menjaja dalam siri penghinaannya terhadap DS Najib sebagai perompak, lanun, kleptokrat, kluster mahkamah dan apa sahaja yang dia rasa ‘enak’ untuk melampiaskan kebenciannya terhadap DS Najib. Hari ini meletup sebagaimana dilaporkan oleh KiniTV ekoran perbicaraan kes Ahmad Zahid Hamidi, nama Dr Mahathir disebut sebagai penerima dana syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) oleh saksi perbicaraan. Ramai yang mahu melihat Mahathir berada dalam kandang tertuduh, kerana sebelum ini sudah ramai yang menjadi mangsa ‘dakwaan terpilih’ mahkamah era PH.
MISI RAFIZI DOMINASI PKR TELAH BERMULA, DAN AKAN PECAH-BELAHKAN PKR
Kehadiran semula Rafizi dalam PKR turut membawa paradigma baru dan dia sengaja mahu berdiri dengan formula baharu, agar dia dilihat sebagai pemimpin radikal PKR, meskipun hala tuju dan misinya berbeza dengan Anwar. Lantas, dengan itu Rafizi mahu mengangkat mana-mana calon Pemilihan PKR 2022 yang ‘anti-khemah besar’ sebagai calon PRU15, dan dengan itu juga terbentuk pecahan pemimpin PKR yang ‘pro-khemah besar’. Sekaligus ia kelihatan seperti Rafizi cuba menentang visi Anwar yang melihat pembentukan khemah besar bersama parti di luar PH, akan dapat merealisasikan cita-cita terpendamnya yang sekian lama untuk diangkat sebagai PM.
VIDEO – RAKYAT MAHUKAN PRU15, AKIBAT KEGAGALAN PN, PH DAN TEKANAN EKONOMI
Menuding jari kepada ‘kluster mahkamah,’ ‘kleptokrat’ dan pemimpin yang idamkan kerusi menteri, hanyalah retorik politik dangkal dan klise yang sudah basi. Dahulu golongan yang beretorik ini saban hari mengutuk ‘kerajaan tebuk atap’ Muhyiddin Yassin yang sewajarnya dibubarkan atas falsafah ‘mengembalikan mandat rakyat’. Tidakkah hanya satu jalan sahaja untuk mengembalikan ‘mandat rakyat’ iaitu dengan mengadakan ‘PRU15’.