VIDEO – RAKYAT JOHOR TIDAK PERNAH LUPA, PEMBOHONGAN DAN JANJI PALSU PH

Apakah rasionalnya apabila Muhyiddin melemparkan cacian ‘Podah’ pada UMNO sekiranya kebencian rakyat Johor terhadap PH dan PPBM tidak pernah terpadam? Sebilangan besar rakyat Johor bukan sahaja memprotes menolak PH dan PPBM, tetapi penolakan mereka tersimbah dengan kebencian, kemarahan sehingga ada yang menjenamakan PH sebagai ‘Pakatan Hancing’ sebagai kemuncak kepada rasa benci dan marah mereka. Rakyat tidak lagi peduli dengan retorik ‘kluster mahkamah’ ‘kleptorat’ ‘1MDB’ ‘GST’ dan banyak lagi dakyah, fitnah dan pembohongan yang menjadi retorik politik PH semata-mata, sedangkan negara diasak dengan ‘undang-undang rimba’, kemelesetan ekonomi, pembuangan kerja, pergeseran kaum dan penghinaan terhadap Raja-Raja serta agama Islam. Namun ramai kalangan pemimpin politik PH dan PPBM masih menidakkan rintihan rakyat, mereka tidak melihat bahawa PRN Melaka dan Tujuh PRK sebelum jatuhnya kerajaan PH dan PN di bawah kepimpinanan Muhyiddin Yassin, sebagai memorandum rakyat yang menuntut supaya mandat rakyat telah dirarik kembali.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: