VIDEO – FELDA PUN MAHATHIR HENDAK SWASTAKAN, UNTUK KAYAKAN KRONI-KRONI DIA

Hakikatnya pengundi dan peneroka FELDA amat kenal siapa PETAI@Pejuang dan siapakah pemimpin diktatornya yang sombong dan amat bijak memecah-belahkan perpaduan kaum Melayu, mengutuk DS Najib Tun Abdul Razak dengan tuduhan keturunan ‘Lanun Bugis’ sedangkan Tun Abdul Razaklah yang merupakan pengasas FELDA untuk menghapuskan kemiskinan kaum Melayu, dan memperbaiki taraf hidup mereka.

VIDEO – TIDAK SERIKKAH KAUM MELAYU-ISLAM DENGAN DAP?

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming telah menyatakan bahawa DAP Perak sedia bekerjasama dengan UMNO, kononnya ‘demi kepentingan rakyat’.Pengerusi DAP Negeri Sembilan,  Anthony Loke berjanji bahawa DAP komited untuk bekerjasama dengan musuh ketat mereka UMNO, sekiranya UMNO mahu bekerjasama dengan PKR dalam strategi menamatkan kedudukan TS Muhyiddin Yassin sebagai PM, mahupun dalam konteks kerjasama semasa PRU15 nanti. Adakah kaum Melayu-Islam mahupun pemimpin politik Melayu masih mahu membuka pintu untuk kerjasama dengan golongan rasis Cina sedemikian? Kaum Melayu hendaknya jangan mudah lupa bahawa DAP dan pemimpin hipokrit mereka amat tegar dengan propaganda memperbodohkan kaum Melayu, sehingga pemimpin mereka terbuka memperakui strategi mereka ‘use Malay to screw the Malays’. Dan rakyat lihat mereka berjaya menggunakan Tun Mahathir untuk mengganyang kaum Melayu.

VIDEO – DAP LEBIH BAHAYA DARIPADA PENGGANAS ISIS DAN DAESH

https://www.youtube.com/watch?v=jGu9aKDOs7U Dengan kapasitinya sebagai Senator, Tan Sri Ibrahim Abu Shah pernah membangkitkan dalam Parlimen isu DAP mahu menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri Christian-Yahudi yang condong kepada zionisme. Isu yang dibangkitkan oleh Ibrahim telah disanggah oleh seorang Timbalan Presiden DAP berbangsa Melayu dengan bidasannya, “Apa salahnya Pulau Pinang menjadi negeri Christian?” Ibrahim mengemukakan beberapa buah buku... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: