Sekiranya ada mana-mana individu yang ada masalah seperti kemurungan keresahan, gangguan bipolar, dan sebagainya maka dia perlu dapatkan rawatan di hospital melalui pakar psikatri, dan pakar ini yang menentukan dos pengambilan ganja itu. Bukan individu yang sakit itu menanam pokok ganja wewenangnya dan dia pula yang menentukan sendiri dos atau berapa bayak ganja yang dia perlu ambil untuk mengubat ketagihan atau penyakitnya. Dia nak jadi doktor sendiri? Macam penagih yang cucuk sendiri.