KENAPA KEM. PEND. SUAP RM15 JUTA KEPADA BUAYA HIDUP SEDANGKAN ANAK KANDUNG KEBULURAN?

Jika dahulunya pada era PH, mereka mahu menyerapkan ideologi komunisme di sekolah-sekolah seluruh negara, sekarang pemimpin cauvinis sebegini, secara senyap menyalurkan dana RM15 kepada sekolah yang tidak diiktiraf oleh sistem pendidikan negara. DAP telah mengambil kesempatan, memperakui bahawa merekalah yang memperjuangkan peruntukan tersebut, dan kemudiannya kaum Cina akan mengundi DAP yang mengakibatkan negara lintang-pukang, huru-hara, sehingga mereka cuba meratifikasikan ICERD dan Statut Rom untuk melenyapkan kuasa Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, membenarkan murtad, serta hak keistimewaan kaum Melayu-Bumiputera sebagaimana PH berkuasa selama 22 bulan dahulu. Sekiranya peruntukan dana tersebut telah diluluskan pada 19 April 2021 yang merupakan urusan kerajaan di bawah kuasa Muhyiddin yang telah tumbang, maka selayaknyalah ia ditarik balik, kerana Dong Zong dianggap sebagai musuh perpaduan negara dan tidak harus dilayan kehendak mereka.

UEC DAN DONG JIAO ZONG ADALAH VIRUS YANG MENDAHULUI COVID19

Sekolah Kebangsaan berperanan bukan sahaja untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan pelbagai kaum, tetapi Sekolah Kebangsaan juga menjadi pusat perkembangan nasionalisme kebangsaan dan integrasi nasional. Hari ini nampaknya, semua agenda keramat itu gagal dan dicampak ke longkang oleh kaum Cina-DAP yang terpengaruh dengan Jiao Zong dan Dong Zong itu.

(VIDEO) DEMI PERPADUAN KAUM, HARAMKAN DONG ZONG DAN LUPUSKAN SEKOLAH VERNAKULAR

Integrasi nasional atau perpaduan kaum yang seharusnya merupakan satu usaha dan kerjasama setiap etnik di negara ini, nampaknya telah gagal walaupun negara sudah merdeka sejak 62 tahun dahulu. Pada tahun-tahun 1960-an sehingga 1980-an keadaan tidaklah seburuk hari ini apabila terdapat Sekolah Inggeris yang mempertemukan pelbagai kaum, di samping Sekolah Kebangsaan. Sebagaimana kata Perdana Menteri Tun... Continue Reading →

SEKOLAH VERNAKULAR PUNCA PERPECAHAN KAUM

Tiada satupun dalam kalangan negara-negara ASEAN yang mewujudkan sekolah vernakular, kerana ia mendorong perpecahan kaum, kecuali Malaysia. Pemimpin cauvinis Cina di Malaysia nampaknya cuba mengelabukan mata masyarakat, sedangkan mereka tahu Perlembagaan Persekutuan tidak memaktubkan apa-apa peruntukan untuk mewujudkan sekolah vernakular (sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil). Jika sudah ada ‘Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil’ maka... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: