SIDANG 220 AHLI PARLIMEN DITANGGUHKAN KERANA COVID19, MENGAPA PULA ROS DESAK PERHIMPUNAN 3.2 JUTA AHLI UMNO?

Adakah logik dan waras sekiranya sidang 220 ahli parlimen ditangguhkan kerana Covid19, sebaliknya perhimpunan 3.2 juta ahli UMNO didesak supaya diadakan segera? Tidakkah RoS peka dengan risiko nyawa rakyat, apabila Malaysia dikategorikan sebagai negara jangkitan Covid19 tertinggi di dunia mengikut kadar per juta penduduk? Lantas timbul persoalan adakah amaran yang diterima oleh UMNO merupakan kerja orang-orang yang berkuasa dalam PPBM, sebagaimana didedahkan oleh MP Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila pendaftaran parti Muda diterjemahkan sebagai disekat dengan bersyarat.

VIDEO – SADDIQ MENGULANGI PENGALAMAN SEDIH NAJIB

Adakah tuduhan pecah amanah ke atas Saddiq lebih merupakan agenda dan konspirasi ‘scheme of things’ (merancang dan menyusun hidup seseorang) sebagaimana tuduhan-tuduhan terpilih di mahkamah ketika Tommy Thomas berkuasa sebagai ‘Peguam Negara’? Mana-mana musuh PH ketika itu, disabitkan dengan berpuluh kesalahan ‘rasuah’ manakala kesalahan orang-orang PH dibebaskan begitu sahaja. Di sebalik itu semua, ada juga pemimpin yang keluar daripada UMNO, kerana lebih rela menerima 'carrot' daripada dihentam atau diheret ke mahkamah.

WordPress.com.

Atas ↑