VIDEO – PADAN MUKA, RAFIZI AKAN DISAMAN FITNAH OLEH CEO SAPURA

Menurut laporan media surat tuntutan maaf telah dihantar kepada Rafizi oleh Sapura Energy. Antara lain, surat itu menuntut tiga artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap presiden kumpulan dan ketua eksekutif Sapura, Shahril Shamsuddin, ditarik balik. Shahril tersinggung dengan dakwaan Rafizi bahawa pemegang saham majoriti Sapura Energy yang dipimpin oleh Shahril, memperolehi sejumlah RM1.33 bilion, dengan RM1.1 bilion merupakan gaji dan selebihnya bayaran lain dan dividen.

VIDEO – RAFIZI ADALAH BALACI KOMPLOT JUAL ASET SAPURA – ISHAM JALIL

Nampaknya Rafizi kini cuba membawa peranan sebagai balaci atau keldai bagi kroni-kroni PH-DAP dan juga Muhyiddin supaya mereka boleh mengaut keuntungan melalui pembelian aset Sapura yang akan dilelong dengan nilai yang rendah. Rafizi sengaja menutup mata bahawa golongan yang akan merasa sengsara nanti adalah 10.6 juta pendeposit ASB dengan nilai pelaburan RM4 bilion. Manakala sekiranya Sapura diisytiharkan muflis maka hampir 10,000 pekerjaan rakyat akan hilang dan sekitar 4,500 pembekal atau vendor akan terjejas yang kebanyakannya merupakan syarikat bumiputera.

RAFIZI, SUDAH KEMBALI MULAKAN SIRI FITNAHNYA

Rafizi menuduh tanpa fakta, “Lebih-lebih lagi apabila sejumlah wang yang besar melebihi berbilion-bilion ringgit telah pun disuntik ke dalam Sapura sejak lebih sedekad yang lalu.” Sedangkan kerajaan tidak pernah membantu Sapura, tetapi telah membantu menyelamatkan Proton, Air Asia, MAS, MISC yang dahulunya dimiliki oleh anak Tun Mahathir, dan banyak lagi, tetapi bukannya Sapura.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: