Adalah satu fitnah apabila Rafizi mendakwa bekas CEO Sapura sahaja dibayar RM1.1 bilion sepanjang tempoh 12 tahun tersebut tanpa melihat fakta bahawa jumlah itu termasuk bayaran kepada ahli-ahli lembaga lain, sewa, royalti, dividen dan sebagainya.
RAFIZI ADALAH EJEN DAN PROKSI MAHATHIR-DAIM
Rafizi pada hakikatnya telah dijatuhi penjara 30 bulan pada 2018 di bawah kes BAFIA, namun ramai percaya bahawa dia telah diselamatkan oleh Mahathir dan balacinya Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara PH setelah PH memenangi PRU14. Dia amat terhutang budi pada Mahathir, dan ketakutannya pada hukuman penjara telah menyebabkan dirinya serik untuk terus terlibat dengan dunia politik. Tapi Mahathir mahu dia kembalik berkecimpung dalam politik PKR agar dia boleh menjadi ‘trojan horse’ Mahathir untuk menjatuhkan Anwar.
TUNJUK MUKA SAHAJA, DIA DAH KENA SAMAN FITNAH, MEMANGLAH DIA KAKI FITNAH
Kebiadapan yang menjadikan fitnah sebagai platform untuk mengangkat dirinya sebagai adi wira PKR, terutamanya ketika pemilihan PKR 2022, bukanlah sesuatu yang baharu. Dia telah dijatuhi hukuman penjara 30 bulan kerana kes membocorkan maklumat perbankan, namun telah dipercayai telah diselamatkan oleh ‘undang-undang ribma PH’ ketika PH masih berkuasa, manakla legasi PH itu diteruskan oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.
DEBAT ISU SAPURA – SEBAGAIMANA LAZIMNYA, ANWAR HANYA BIJAK BERETORIK TAPI TANDUS FAKTA
Sememangnya itulah yang berlaku, tetapi lawannya DS Najib Tun Razak telah menenggelamkan bakat pidato Anwar yang boleh diterjemahkan sebagai sekadar retorik atau dengan bahasa kampung ‘sembang kari’. Antara isu yang Anwar putar-belit ialah pengakuannya tentang “keefisienan GST” tetapi dia cuba juga memberi ruang untuk membela tindakan kerajaan PH menghapuskan GST dan menggantikannya dengan SST yang telah ditolak ratusan negara dunia dengan alasan pengangguran. Hakikatnya pelaksanaan SST oleh kerajaan PH yang sekaligus menolak GST adalah tindakan ‘bodoh’ yang meminggirkan Malaysia daripada 160 negara di dunia yang telah melaksanakan GST, tidak termasuk 8 negara yang bukan ahli PBB.
DEBAT ISU SAPURA AKAN DEDAHKAN SALAH GUNA KUASA MAHATHIR DAN ‘NATIONAL EMBARRASSMENT’ SEBENAR
Bertambah bodoh lagi apabila Rafizi cuba menyalahkan kerajaan BN sebagai pihak yang telah ‘bailout’ Sapura dengan dana RM2.7 bilion pada tahun 2019 untuk menjadi pemilik saham terbesar dengan pegangan 40%, meskipun mengetahui gaji bekas CEO yang tinggi. Ironinya, Rafizi buta bahawa yang bailout Sapura adalah kerajaan PH pimpinan Mahathir, dan CEO Sapura itu meletakkan jawatan pada Mac 2021, mungkin kerana tidak tahan dengan campurtangan kerajaan PH dalam pengurusan Sapura yang dilihat tidak konstruktif. Melalui debat tersebut yang akan diadakan pada 12 Mei ini di MATIC, rakyat akan menjadi saksi dalam pembentangan fakta; siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab merosakkan Sapura yang dahulunya adalah syarikat ‘Oil and Gas’ yang amat berprestij di dunia. Dengan itu juga rakyat akan ketahui siapakah kleptokrat yang telah menjarah kekayaan negara sebenarnya, bertentangan dengan cemuhan yang dilemparkan terhadap DS Najib selama ini.