VIDEO – KEPADA PEGUAM DAP YANG MAHU MEMBELA SAM KE TING, SILA RUJUK BH ONLINE

Tidaklah menghairankan apabila kereta yang dipandu oleh Sam Ke Ting telah terbalik dengan keempat-empat tayarnya mengadap ke langit kerana dia memandu laju dan mengikut saksi dia kelihatan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

PEMBELA DAN TMJ MAHU RAKYAT BERPIJAK PADA BUMI NYATA ATAS KEMATIAN 8 REMAJA

Fikirlah berdasarkan fakta bukan mengikut arus media sosial sebagaimana teori babi-buta ‘join the band wagon’ tanpa mahu meneliti dan menyerahkan keputusan kes kepada mahkamah. Fikirkan bagaimana kereta pemandu boleh terbalik dengan keempat-empat tayar mengadap langit setelah melanggar mati 8 remaja? Adakah itu suatu pemanduan berhemah? Siapakah yang membela 8 remaja yang telah mati?

KENAPA DAP KAITKAN KES BASIKAL LAJAK DENGAN DS NAJIB DAN TIDAK PERSOALKAN TOMMY THOMAS BENARKAN RAYUAN PENDAKWAAN?

DAP mempersoalkan kenapakah Najib dibenarkan ikat jamin sedangkan permohonan Sam Ke Ting ditolak? DAP juga diam membisu terhadap kematian saksi penting pendakwaan kes Terowong Bawah Laut, Ewe Swee Kheng yang membabitkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng. DAP juga tidak mahu salahkan Peguam Negara PH, Tommy Thomas yang memfailkan rayuan terhadap keputusan kali pertama untuk bebaskan Sam Ke Ting pada tahun 2019? Tanpa mahu menggangu keputusan mahkamah, bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman memandu, hanya ada dua kemungkinan apabila melihat pada foto selepas tragedi, sama ada pemandu telah memandu dengan laju melulu, atau mungkin pemandu mabok.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: