RAFIZI TIDAK SABAR MAHU GANTIKAN ANWAR YANG DITERJEMAHKAN TIDAK LAGI RELEVAN SEBAGAI PRESIDEN

Nampaknya Rafizi seperti sudah tidak sabar lagi untuk menggantikan Anwar, setelah dengan beraninya dia menggesa ahli-ahli dalam Kongres PKR supaya tidak mempertahankan Anwar daripada sebarang kritikan kerana peranan penting PKR adalah untuk menarik semula sokongan rakyat terhadap parti itu. Bukan tiu sahaja, Rafizi juga mengingatkan ahli kongres agar tidak terlalu ‘membodek Presiden’, yang pastinya apa yang dimaksudkan ialah Anwar tidak dapat lari daripada kenyataan setelah dua kali dipenjarakan.

ROS BERI NOTIS KEPADA PKR BERKAITAN KEMELUT PEMILIHAN – ADAKAH PKR AKAN DIHARAMKAN?

Patutlah Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Wan Azizah menghemburkan air mata dalam Kongres PKR semalam, dan merungut ada pihak yang kalah pemilihan PKR kini menjadi ‘musuh dalam selimut’. Nampaknya tangisan Wan Azizah untuk menyesali aduan yang dibuat adalah terpesong, kerana sememangnya aduan patut dibuat bukan sahaja kepada RoS malah kepada pihak Polis dan SPRM.

SIDANG 220 AHLI PARLIMEN DITANGGUHKAN KERANA COVID19, MENGAPA PULA ROS DESAK PERHIMPUNAN 3.2 JUTA AHLI UMNO?

Adakah logik dan waras sekiranya sidang 220 ahli parlimen ditangguhkan kerana Covid19, sebaliknya perhimpunan 3.2 juta ahli UMNO didesak supaya diadakan segera? Tidakkah RoS peka dengan risiko nyawa rakyat, apabila Malaysia dikategorikan sebagai negara jangkitan Covid19 tertinggi di dunia mengikut kadar per juta penduduk? Lantas timbul persoalan adakah amaran yang diterima oleh UMNO merupakan kerja orang-orang yang berkuasa dalam PPBM, sebagaimana didedahkan oleh MP Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila pendaftaran parti Muda diterjemahkan sebagai disekat dengan bersyarat.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: