VIDEO – JASA APA YANG MANUSIA LAKNAT KIT SIANG DAH BERIKAN KEPADA NEGARA?

Demikianlah juga aplikasi firman Allah itu terhadap pemimpin tua DAP, bahawasanya mereka tidak akan senang kepada kamu sehingga  kamu tidak mengikuti ideologi mereka. Sebagaimana didedahkan oleh Profesor Emeritus, TS Dr Ibrahim Abu Shah, DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada ISIS dan DAESH seperti yang dicatatkan oleh beberapa buah buku yang dikaitkan dengan Evangelical Christian yang diperjuangkan DAP. Razali mencatatkan bahawa, “Dalam satu majlis makan malam DAP, seorang Ketua Paderi daripada Afrika Selatan berkata mereka telah membuat satu frame time. Dalam jangka masa sepuluh tahun, mereka akan pastikan agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian. Pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak Kristian untuk menjayakan misi ini. Kita (DAP) akan berganding bahu dengan pihak Kristian untuk pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian.”

DAP MAHU KUASAI SEMULA NEGARA

Adakah selama ini DAP pernah mengeluarkan satu pelan induk atau rancangan strategik untuk membantu TS Muhyiddin menangani pandemik Covid19? Sedangkan negeri Selangor yang mereka kuasai seperti menjadi lubuk merebaknya Covid19, inikan pula PH mahu mendabik dada mengatakan mereka mempunyai formula berkesan untuk mengatasi Covid19. Rakyat melihat kamu hanya pandai membela generasi lapisan gerila komunis di Raub yang menceroboh hutan simpan kerajaan, manakala diri kamu sendiri dengan bangganya mengaku datang daripada keturunan komunis yang menjadi musuh utama negara suatu ketika dahulu. Janganlah memperbodohkan rakyat lagi.

(VIDEO) RONNIE LIU DAP, PEMBELA PEKEBUN DURIAN HARAM RAUB, ADA DNA KOMUNIS

ADUN DAP Sungai Pelek, Ronnie Liu yang pernah mengaku bahawa datuk dan abangnya adalah pejuang dan ahli gerila komunis, telah merentas negeri semata-mata membela pekebun haram tanaman durian yang terdiri daripada kaum Cina di Raub. Selain itu, ADUN Sungai Pelek ini juga telah mengutuk Mahathir sebagai ‘harimau kertas’ Asia, tetapi kemudiannya memuji Tun Mahathir kerana kenyataannya yang tidak membantah penyeludupan abu mayat Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng. Tidak hairanlah jika ada yang berpendapat bahawa, sekiranya DAP terus mendominasi kuasa kepimpinan negara, Malaysia akan menjadi Republik Rakyat Komunis.

PM ‘TEMPELENG’ RONNIE LIU KERANA MENUNTUT UEC DIIKTIRAF

Melalui ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu, DAP menuntut TS Muhyiddin Yassin menunaikan janji untuk mengiktiraf UEC yang selama ini tidak diperakui oleh kerajaan dan universiti awam kerajaan. Anehnya mengapakah Ronnie Liu, mengapa tidak Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, mengapa tidak pemimpin d’facto Lim Kit Siang atau Pengerusi Seumur Hidup DAP, Dr Chen Man Hin, atau Pengerusi Kebangsaan Tan Kok Wai atau Timbalan Pengerusi Gobind Singh Deo mahupun Naib Pengerusi Kebangsaan Tengku Zulpuri Raja Puji? Ronnie Liu hanyalah ADUN Sungai Pelek yang dilihat sebagai anai-anai DAP dan bukannya harimau sebagaimana Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo dan Tengku Zulpuri.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: