Hari ini, setelah Anwar berkuasa, baik Tun Mahathir, TS Hadi Awang, mahupun TS Muhyiddin Yassin, masing-masing kepanasan untuk bersilat dan menepis tuduhan setelah SPRM dengan beraninya menjalankan tugas tanpa mengira bulu, kedudukan pangkat, serta kuasa politik. Lantas, senario yang terlihat lebih banyak memaparkan hipokrasi pemimpin politik dalam gejala membolot kuasa dan wang ringgit. Ramai yang masih tertanya-tanya adakah DS Najib Razak yang mempelopori ‘bantuan kewangan’ kepada rakyat miskin wajar dipenjarakan jika inilah hakikat hipokrasi pemimpin yang suka melihat dia merengkok dalam bilik sempit itu? DS Najib bagi mereka adalah ‘perompak lanun’, sebaliknya mereka adalah ‘pemimpin prihatin rakyat dan pengundi’ yang suka bersedekah dan berhemah dalam perbelanjaan dana negara.
ANWAR DAN DAP BERPISAH TIADA
Adakah kerana DAP ditaja oleh kumpulan Yahudi sebagaimana didedahkan oleh bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abdul Rahman? Manakala PKR juga dikaitkan dengan pertubuhan Yahudi apabila simbol partinya adalah selari dengan simbol ‘mata dajal’ dan ‘aluminati’ yang juga dikaitkan dengan pertubuhan Freemason Yahudi?
VIDEO – ADAM ADLI GUSAR DENGAN ‘PERISTIWA BERDARAH’ DALAM PEMILIHAN PKR
YB Fahmi Fadzil, ahli parlimen PKR Lembah Pantai, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti yang diasaskan oleh gerakan reformasi DS Anwar Ibrahim itu “merupakan parti yang lahir di atas jalan raya.” Adam Adli sewajarnya merujuk pada Fahmi yang memperakui bahawa “Keadilan (PKR) ini lahir di atas jalan raya, bagi kami ini (pergaduhan) adalah rencam, kebiasaan resmi bagi Keadilan.”
VIDEO-JANGAN BAWA BUDAYA SAMSENG PKR KE KAWASAN MELAYU LUAR BANDAR
Persepsi rakyat bahawa PKR sebagai mendokong budaya samseng, yang dikatakan lahir di jalanan, tanpa mengenal ketamadunan, apatah lagi dipimpin oleh seorang yang pernah disabitkan dengan rasuah dan sodomi, adalah jelas dan nyata. Lantas, Rafizi, tolonglah jangan dibawa budaya samseng itu ke kawasan pedalaman Melayu, kerana mereka mudah sangat terasuk dengan gejala amok, dan nanti lebih banyak jiwa yang terkorban. Jika pergaduhan, rusuhan, dan amokan menjadi ‘resmi’ PKR sebagaimana diperakui YB Fahmi, bagaimanakah rakyat boleh diyakinkan dengan keupayaan Anwar untuk memegang tampuk pemerintahan negara sebagai PM?
(Video) APA JUA MUSLIHAT MAHATHIR, MATLAMATNYA ADALAH MUKHRIZ SEBAGAI PM
DS Najib juga menempelak Mahathir yang telah marah dan lantas membencinya dengan penuh dramatik dan emosional sejak Pemilihan Agung UMNO 2013 kerana dia (DS Najib) tidak menyokong kempen untuk mengangkat Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO.