IBARAT JANDA PERASAN YANG GILA TALAK, BERSATU DITOLAK PH DI PRN JOHOR

Anwar mengulangi janji PH untuk menyatukan semua parti pembangkang termasuk dari luar gabungannya tetapi menegaskan, Bersatu bukan pembangkang. “Tak bangkit, kita kata pembangkang, adakah Bersatu pembangkang?” soalnya semasa disoal pemberita tentang isu Bersatu hendak bersama PH. Nampaklah bahawa Bersatu sudah ‘bengong’ dan ‘meracau’ untuk merujuk kembali kepada PH dan sekiranya mereka membentuk kerajaan, pastinya akan terbentuk kerajaan cacamarba kerana mendukung pelbagai ideologi yang saling bercanggah antara satu dengan yang lain.

BERSATU MAHU KEMBALI BERSAMA PH DI PRN JOHOR, SAMA SEPERTI PRU14 UNTUK LAWAN BN-UMNO

Rakyat tidak terkejut atas cadangan Bersatu itu, kerana Bersatu tidak dapat meneruskan kesinambungan hayatnya hanya dengan gabungan PN, tetapi terpaksa juga mengharapkan PH atau PH02. Bersatu menang pada PRU14 tempoh hari atas undi penyokong PH, termasuk pengundi Cina DAP. Dengan cadangan sedemikianpun TS Muhyiddin telah umumkan dia tidak mahu bertanding di DUN Gambir. Beberapa minggu lalu dia bersungguh mahu tekan ‘button’ untuk bubarkan DUN Johor, tetapi kenapa kecut pula untuk bertanding mempertahankan negeri tempat lahir atas sokongan PH02?

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: