KETEGASAN ANWAR MELAWAN JERUNG-JERUNG RASUAH DISOKONG PENUH

Tidak hairanlah jika pihak tertuduh yang gelabah dan tidur tidak lena, telah kehabisan modal dan dengan alasan tempang menuduh kerajaan dan SPRM melaksanakan dakwaan terpilih. Anwar menegaskan bahawa arahan kepada badan penguatkuasa seperti SPRM adalah menyeluruh dan tidak kepada parti tertentu, apatah lagi individu tertentu.

TUN M, TS MUHYIDDIN DAN TS HADI SEDANG KEPANASAN MENUNGGU MASA DIHERET KE MAHKAMAH

Hari ini, setelah Anwar berkuasa, baik Tun Mahathir, TS Hadi Awang, mahupun TS Muhyiddin Yassin, masing-masing kepanasan untuk bersilat dan menepis tuduhan setelah SPRM dengan beraninya menjalankan tugas tanpa mengira bulu, kedudukan pangkat, serta kuasa politik. Lantas, senario yang terlihat lebih banyak memaparkan hipokrasi pemimpin politik dalam gejala membolot kuasa dan wang ringgit. Ramai yang masih tertanya-tanya adakah DS Najib Razak yang mempelopori ‘bantuan kewangan’ kepada rakyat miskin wajar dipenjarakan jika inilah hakikat hipokrasi pemimpin yang suka melihat dia merengkok dalam bilik sempit itu? DS Najib bagi mereka adalah ‘perompak lanun’, sebaliknya mereka adalah ‘pemimpin prihatin rakyat dan pengundi’ yang suka bersedekah dan berhemah dalam perbelanjaan dana negara.

ANAK MUDA GESA SYED SADDIQ LETAK JAWATAN DAN JANGAN BERTANDING PRU15

Gesaan warganet tertular dalam media sosial yang menuntut Syed Saddiq berundur sebagai Presiden Muda dan rtidak bertanding pada PRU15 ini. Gelombang bangkangan itu berlaku selepas penyandang Ahli Parlimen Muar itu diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela diri atas empat pertuduhan jenayah, manakala Saddiq pula telah dengan egonya mendabik dada mengatakan bahawa keputusan mahkamah itu tidak akan melemahkan semangatnya.

SEGERA BUAT LAPORAN POLIS/SPRM ATAS DAKWAAN MAHATHIR

Sebagaimana disiarkan oleh NST, Mahathir menuduh UMNO telah ‘mengamalkan pembelian undi pada pilihan raya negeri Johor’ yang telah berlangsung awal bulan ini. Memperincikan kenyataan Mahathir itu, dia berkata, “Pada pilihan raya negeri Johor, kami Pejuang tidak mempunyai wang tetapi parti lain memberi wang tunai untuk membeli undi. “Kami menghubungi pengundi untuk merayu sokongan tetapi mereka bertanya kepada kami berapa banyak yang boleh kami (PETAI) bayar kerana UMNO menawarkan mereka RM200 untuk mengundi mereka.

SHAFIE CUBA RASUAH ANGGOTA KESELAMATAN RM10 JUTA UNTUK PANCING UNDI?

Dengan alasan yang amat manis Shafie cuba menjelaskan bahawa “Jumlah tersebut tidaklah banyak jika dibandingkan dengan risiko dan pengorbanan wira-wira negara ini, namun itu membuktikan komitmen Kerajaan Sabah meskipun agensi keselamatan berada di bawah bidang kuasa Persekutuan. Nampaknya Shafie cuba memberi definisi baharu terhadap istilah rasuah. Dia cuba menggunakan istilah ‘wang sumbangan’ ketika, menjelangnya PRN Sabah pada 26 September ini dan pada hari ini (22 September) untuk pengundian awal bagi anggota keselamatan.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: