PEREKACIPTA MANIFESTO ‘KERTAS TISU TANDAS’ PH NYANYOK DALAM USIA MUDA

Wan Saiful usahlah bercakap tentang ‘kleptokrat’ dan ‘kluster mahkamah’, sedangkan pemimpin ikonik PPBM, Muhyiddin Yassin juga sedang dalam radar SPRM dengan pendedahan saksi daripada UKSB yang telah menerima rasuah RM1.3 juta. Hendaklah diingat bahawa kes 1BestariNet, dan perbelanjaan dana RM600 bilion ketika PN berkuasa juga kini menjadi tekanan terhadap Muhyiddin dalam survival politiknya yang sedang menuju penghujung jalan. Kini gabungan parti PN terkial-kial bertekak sama ada mahu menggunakan logo PN atau logo PAS semasa PRU15 nanti. Kenapakah tidak sahaja menggunakan logo PPBM supaya Wan Saiful mahupun Muhyiddin Yassin sedar hakikat penerimaan rakyat terhadap parti cicak yang menjadikan negara amat tidak stabil?

ADA SYARAT PADA PELANTIKAN ISMAIL SABRI, ADAKAH MUHYIDDIN DUSTAI PARLIMEN DAN DYMM AGONG?

Dengan itu jelaslah bahawa pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah bersyarat, dan dengan itu bertentangan dengan surat Akuan Memilih Calon Perdana Menteri ke-9, sebagaimana yang tercatat dalam surat Yang Dipertua Dewan bertarikh 17 Ogos 2021 dengan klausa “Penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat”. Nampaknya apa yang Muhyiddin telah dedahkan dengan sendirinya telah mendustai Dewan Parlimen dan sekaligus menderhakai DYMM Agong.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: