Pihak cungkils.com rasa rakyat seluruh negara tidak terkejut dengan dakwaan Raja Petra Kamaruddin sebagaimana tersiar dalam YouTube dan telah diulas oleh MYKMU bahawa terdapat ‘Mafia Polis di Bukit Aman’. Hakikatnya isu berkaitan juga terlihat pada kenyataan bekas Ketua Polis Negara TS Musa Hassan yang mengkritik tentang tindakan pihak berkuasa Malaysia melengah-lengahkan siasatan ke atas Tawfiq Ayman di Singapura yang dikaitkan dengan kes rasuah 1MDB. Bukan itu sahaja, sebagaimana didedahkan oleh seorang lagi bekas Ketua Polis Negara TS Hamid Bador, bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, mereka semuanya bersetuju bahawa terdapat campurtangan politik dalam badan perundangan dan kehakiman negara.
(VIDEO) AKUAN BERSUMPAH AZILAH ADALAH KONSPIRASI UNTUK ANIAYA NAJIB?
SEMALAM (16 Disember), seluruh negara telah dikejutkan dengan akuan bersumpah (SD) Azilah Hadri bertarikh 17 Oktober yang dibuat di Penjara Kajang, mendakwa bahawa DS Najib Abd Razak telah mengarahkannya membunuh wanita Mongolia Altantunya Shaaribuu pada 2006. Ramai yang menyangka bahawa kes ini telah selesai ditutup pada 2006 apabila Mahkamah Persekutuan telahpun menjatuhi hukuman mati ke... Continue Reading →