VIDEO – FAHYSAL PERASAN DAN BENGAP BILA DAKWA PPBM BERJAYA GANTI UMNO

Sekiranya benar siaran tersebut maka, Wan Fahysal sebenarnya telah kehabisan modal dan hanya mengulangi mitos Dr Mahathir setelah memenangi PRU14 pada 2018, bahawa “PPBM ganti UMNO lindungi rakyat”. Sebaliknya bergaung media melaungkan bahawa PPBM@Bersatu termasuk PAS telah kalah teruk, tersungkur mencium bumi di PRN Melaka dan PRN Johor. Tidakkah Fahysal sedar Johor adalah negeri yang majoriti penduduknya adalah Melayu? Selain itu, adakah Fahysal cuba mengheret isu ‘neo-Feudal’ yang diterjemahkan daripada isu pelantikan MB Johor atas kehendak DYMM Sultan Johor? Pekara pokok pada konsep feudal adalah ketaatan kepada pemimpin dan apa yang UMNO laksanakan ialah kesantunan terhadap Sultan Melayu yang juga merupakan payung kepada agama Islam tanpa menolak prinsip Raja Berpelembagaan.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: