VIDEO – PADAN MUKA, RAFIZI AKAN DISAMAN FITNAH OLEH CEO SAPURA

Menurut laporan media surat tuntutan maaf telah dihantar kepada Rafizi oleh Sapura Energy. Antara lain, surat itu menuntut tiga artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap presiden kumpulan dan ketua eksekutif Sapura, Shahril Shamsuddin, ditarik balik. Shahril tersinggung dengan dakwaan Rafizi bahawa pemegang saham majoriti Sapura Energy yang dipimpin oleh Shahril, memperolehi sejumlah RM1.33 bilion, dengan RM1.1 bilion merupakan gaji dan selebihnya bayaran lain dan dividen.

VIDEO – PKR DAN PH JANGAN MIMPI DI SIANG HARI UNTUK KEKALKAN KUASA DI SELANGOR -RAFIZI

Rafizi juga gagal mendedahkan kecelakaan yang dibawa oleh DAP terhadap kaum Melayu-Islam, sebagaimana yang mereka lakukan terhadap Tabung Haji, malah Rafizi harus bertanggungjawab apabila mendakwa hibah Tabung Haji tidak ‘halal’ sehingga ramai pendeposit yang bertindak mengeluarkan deposit mereka dalam Tabung Haji.

RAFIZI TIDAK DISUKAI PEMIMPIN PKR SENDIRI

Saifuddin mengutuk Rafizi sebagai pemimpin politik yang bacul, melarikan diri dari medan perjuangan ketika PKR sedang dikhianati. Fahmi Fadzil, juga menghentam Rafizi yang mengeluarkan kenyataan pesimistik terhadap masa depan PKR dan membuat generalisasi bahawa PKR hanya sesuai menjadi ‘pembangkang yang bermaruah’ dalam parlimen Malaysia. Bekas ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador juga membidas Rafizi Ramli, dan meminta dia menghentikan 'permainan politik murahan' dan bersikap jujur. Naib Ketua Pemuda PKR Damansara, Syed Badli Syah pula melihat tindakan Rafizi untuk menentang Saifuddin Nasution bagi jawatan Timbalan Presiden akan mengundang perpecahan dalam PKR.

VIDEO – RAFIZI ADALAH BALACI KOMPLOT JUAL ASET SAPURA – ISHAM JALIL

Nampaknya Rafizi kini cuba membawa peranan sebagai balaci atau keldai bagi kroni-kroni PH-DAP dan juga Muhyiddin supaya mereka boleh mengaut keuntungan melalui pembelian aset Sapura yang akan dilelong dengan nilai yang rendah. Rafizi sengaja menutup mata bahawa golongan yang akan merasa sengsara nanti adalah 10.6 juta pendeposit ASB dengan nilai pelaburan RM4 bilion. Manakala sekiranya Sapura diisytiharkan muflis maka hampir 10,000 pekerjaan rakyat akan hilang dan sekitar 4,500 pembekal atau vendor akan terjejas yang kebanyakannya merupakan syarikat bumiputera.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: