TAUKE KATAK TIDAK BERSEDIA HADAPI PRU15 TAHUN INI

Setelah Rang Undang-Undang Akta Anti-Lompat Parti 2022 diluluskan dan dimaktubkan oleh Dewan Rakyat, parti PPBM@Bersatu yang didominasi oleh ‘katak-katak politik’ menjadi kepanasan, apatah lagi setelah beberapa ahli parlimennya meninggalkan parti menjelang PRU15 ini. Bertambah tertekan apabila agenda tersembunyi Muhyiddin untuk menubuhkan khemah besar bersama-sama dengan PH, Pejuang dan Warisan ditolak mentah-mentah oleh mereka semua. Muhyiddin sebenarnya gelabah, malah dia telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan bersara selepas PRU15 untuk memberikan tumpuan kepada zaman tuanya. Tafsiran yang tersirat daripada perakuan Muhyiddin itu ialah, dia tidak mempunyai keyakinan akan dapat mempertahankan kedudukannya sebagai ahli parlimen pada PRU15 ini.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: