RAFIZI, SUDAH KEMBALI MULAKAN SIRI FITNAHNYA

Rafizi menuduh tanpa fakta, “Lebih-lebih lagi apabila sejumlah wang yang besar melebihi berbilion-bilion ringgit telah pun disuntik ke dalam Sapura sejak lebih sedekad yang lalu.” Sedangkan kerajaan tidak pernah membantu Sapura, tetapi telah membantu menyelamatkan Proton, Air Asia, MAS, MISC yang dahulunya dimiliki oleh anak Tun Mahathir, dan banyak lagi, tetapi bukannya Sapura.

PROTON ERA MAHATHIR ADALAH LIABILITI KEPADA NEGARA

Sungguh jelek kerana tiada mana-mana negara pengeluar kereta di dunia seperti Jepun cuba mereka cipta model dengan berkonsepkan huruf ‘J’ atau German dengan ‘G’. Dari tahun 1984 hingga 2017 kerajaan terpaksa dan telah menyuntik dana sebanyak RM15.3 bilion untuk selamatkan Proton. Untuk tahun 2016 sahaja, kerajaan terpaksa menyuntik sebanyak RM1.25 bilion untuk Proton bayar hutang kepada vendor yang membekalkan komponen kereta-kereta keluaran Proton.

SKANDAL MEGA JENAYAH KOMERSIAL MAHATHIR TIADA SIAPA PEDULI HERET DIA KE MAHKAMAH

MyNewsHub MUNGKIN lucu dan pelik apabila sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad langsung tiada siapa pun berani mahu menyiasat pelbagai penyelewengan negarawan munafik tersebut. Meskipun isu panas itu sering dibangkitkan pembangkang termasuk otai DAP sendiri, Lim Kit Siang sama ada ketika berceramah politik atau perbahasan di Parlimen, akhirnya skandal mega berkenaan senyap begitu sahaja. Siapa... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: