ANWAR LUPA SIAPA KLEPTOKRAT YANG DIA SERANG PADA 1998 TAPI DIA AMPU PADA 2018

Tanpa menghiraukan kekecewaan pejuang reformasi, Anwar telah bersekongkol dengan bapa segala kleptokrat sebagaimana didakwa oleh rakannya sendiri iaitu George Soros dalam Bankok Post, serta Barry Wain dalam bukunya Malaysian Marverick. Semasa mengetuai kerajaan PH, Mahathir kata dia perlukan dua tahun sebelum melepaskan jawatannya kepada Anwar, tetapi kleptokrat itu terus mahu menjadi PM sehingga ke hari ini dan akan bertanding pada PRU15 nanti.

LUCU BANGAT BILA GUAN ENG MARAH SSM BERSIHKAN NAMA AZAM BAKI

Rakyat kini sedar bahawa untuk menyelesaikan kes rasuah dalam projek ‘Terowong Bawah Laut’, maka DAP terpaksa hapuskan dahulu kerjaya Azam Baki. Seperkara lagi dalam kes rasuah tuntutan suapan Guan Eng sebanyak 10 peratus keuntungan daripada projek ‘Terowong Bawah Laut Pulau Pinang,’ rakyat awam masih terpinga-pinga kehairanan mengapakah saksi penting pendakwaan terhadap Guan Eng sanggup terjun dari tingkat 17 kediamannya di The Palazzo? Tapi kamu hanya mendiamkan diri. Kenapa Guan Eng? Tidakkah kes ini lebih besar kerana ia melibatkan nyawa saksi pendakwaan?

KEMATIAN ANEH, CEO EWEIN GROUP SAKSI SKANDAL PROJEK TEROWONG BAWAH LAUT

Polis mengesahkan mangsa berada dalam keadaan sihat dan tidak mengidap sebarang gangguan mental, dan pos mortem hospital mengesahkan kematian mendiang diakibatkan oleh kecederaan yang parah kerana terjatuh dari bangunan tinggi. Menurut laporan media, mendiang adalah saksi ke-9 pihak pendakwaan dalam kes rasuah tersebut. Lantas, khalayak media terus teringat kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14, bangunan sama.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: