VIDEO – PEJUANG TIDAK DITERIMA DI SEMENANJUNG, APATAH LAGI DI SABAH

Rakyat Sabah masih menyimpan kebencian terhadap Mahathir berhubung Projek IC, istilah yang digunakan bagi dakwaan pemberian kerakyatan secara sistematik kepada pendatang Filipina dengan memberi mereka kad pengenalan Malaysia pada era 90-an. Sedangkan di negeri Semenanjung seperti Johor pun Pejuang telah tersungkur dan hilang wang deposit pada 42 kerusi DUN yang ditandingi, inikan pula di negeri Sabah.

WARISAN YANG WARISKAN PATI KEPADA RAKYAT SABAH, AKAN KALAH

Ketua Menteri Sabah, DS Shafie Apdal, yang juga merupakan Presiden Warisan, seperti tidak sensitif terhadap isu PATI dan gejala ‘ledakan populasi’ tersebut, lantas melaksanakan pula program Pas Sementara Sabah (PSS) kepada pendatang asing untuk terus mengeruhkan lagi keadaan. Mungkin inilah antara opera yang dimainkan oleh Mahathir apabila dia mencadangkan agar Shafie Apdal diangkat menjadi PM sekiranya Perikatan Nasional dapat ditumbangkan melalui usul ‘undi tidak percaya’ terhadap PM TS Muhyiddin Yassin.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: