RAKYAT JANGAN LUPA BAGAIMANA BERSATU TELAH KHIANATI UMNO-BN DI PRN SABAH

Adakah MN suatu perjanjian yang bingai untuk menerima Bersatu sedangkan Bersatu adalah pihak utama yang merangka ‘ratifikasi ICERD dan Statut Rom’ sedangkan roh kepada perjanjian MN adalah menentang ICERD dan Statut Rom untuk menjaga ketutuhan Perlembagaan Persekutuan dalam hal mempertahankan kedudukan Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan agama Islam. Dengan strategi jahat Bersatu itu, UMNO terpaksa melepaskan banyak kerusi tradisional UMNO-BN yang mempunyai peluang tinggi untuk menang kepada Bersatu sebagai sebahagian rundingan akan diberi jawatan Ketua Menteri sekiranya gabungan PN-Bersatu menang. Namun begitu dengan sifat dengki dan khianat, Bersatu masih melawan BN di 17 kerusi DUN Sabah dan meletakkan calon bebas di 6 kerusi untuk memecahkan undi BN. Lebih menyakitkan hati, walaupun UMNO-BN telah berjaya memperolehi jumlah kerusi DUN tertinggi, Ketua Menteri Sabah tetap dilantik daripada orang Bersatu.

PH-BERSATU KALAU BETUL ANAK JANTAN TURUNLAH KE GELANGGANG, JANGAN NAK BERDOLAK-DALIK

Dengan ugutan Muhyiddin untuk ‘menekan butang,’ ketidakstabilan kerajaan Johor seperti mengulangi kembali krisis kerajaan negeri Melaka. Keegoan Bersatu telah menjadikannya tidak sedar diri apabila ramai Ahli Parlimennya adalah merupakan ‘katak politik’, malahan masih ada gerakan mengugut ahli parlimen supaya melompat ke Bersatu jika tidak mahu dikenakan dakwaan terpilih. Hakikatnya PH dan Bersatu semasa PRU14 telah menang atas dasar pembohongan, fitnah dan janji palsu.

PH AKAN KALAH LAGI DI PRN SARAWAK SETELAH KALAH DI PRN MELAKA

Kini pengundi Sarawak perlu tunjukkan bahawa Sarawak perlu bebas daripada pimpinan yang ekstrem, rasis dan porak-peranda seperti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, serta Anwar Ibrahim yang masih lagi tercalit dengan kes seks songsang, dan Mat Sabu yang dikatakan ‘menteri pertahanan terbodoh di dunia.’ Apa yang rakyat Sarawak perlukan adalah kerajaan dan pimpinan yang menepati janji, yang mementingkan kebajikan rakyat dan negara, bermoral dan penuh integriti.  PH pastinya akan kalah lagi di Sarawak dan kekalahan PH kali ini dipercayai akan meranapkan terus PH pada PRU15 nanti. Rakyat tidak pernah memberi mandat kepada penipu pembohong, pemfitnah dan manifesto yang hanya sesuai dijadikan kertas tisu tandas.

BERSATU CACAMARBA TIDAK IKHLAS SOKONG KERAJAAN GPS DI SARAWAK

Apakah ertinya tindakan kepimpinan tertinggi Bersatu yang dikatakan menyokong kepimpinan GPS Sarawak ini? Daripada persepsi rakyat, Bersatu tiada keikhlasan pada kerjasama mereka dengan GPS serta sikap tamak sebagaimana ditunjukkan Muhyiddin di PRN Melaka. Wan Saiful hanya boleh melalak, tetapi kepimpinan Bersatu di Sarawak tidak ada keikhlasan untuk bersama menyokong GPS selagi mereka tidak memiliki kuasa di tangan mereka.

PAS DITERJEMAHKAN, PEMECAH UNDI, KHIANAT DAN TAMAK KUASA DI PRN SARAWAK

Menurut Timbalan Presiden PAS, DS Tuan Ibrahim, GPS bukan komponen PN di Persekutuan tetapi hanya sekadar mesra dengan PN dan GPS tidak menstabilkan kerajaan pusat. Namun, adakah dengan bertanding di Sarawak itu PAS akan menstabilkan kerajaan Pusat atau kerajaan negeri Sarawak? Jika PAS teruskan hasrat untuk bertanding di PRN Sarawak, nampaknya PAS akan dilihat sebagai pemecah undi, pengkhianat kepada kestabilan negeri Sarawak serta tamak.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: