Tidak hairanlah sekiranya ada dalam kalangan penganalisis politik yang menterjemahkan kerajaan PN yang didominasi PPBM dan Muhyiddin selama 17 bulan tempoh hari, sebagai ‘kerajaan katak’. Lantas apabila mereka melompat keluar parti UMNO dan PKR atas apa juga alasan, mereka telah kehilangan akar umbi, tiada jentera parti, sedangkan kawasan parlimen mereka adalah kawasan tradisi UMNO dan PKR. Survival politik Muhyiddin tidak cukup dengan kemenangan kerusi parlimennya sahaja, kerana dia mungkin terpaksa mengharapkan belas ikhsan Mahathir yang selama ini melabelkan Muhyiddin sebagai pengkhianat, sebagaimana persepsi semua pemimpin PH yang lain.
APABILA ZURAIDA LOMPAT KE PBM, IA PETANDA BERSATU AKAN BERKUBUR
Segala kenyataan Muhyiddin selama ini terutamanya semasa PRN Melaka dan Johor yang mengangkat dirinya sebagai ‘poster boy’ hanyalah retorik serta ‘psywar’ untuk menyedapkan hati penyokongnya, tetapi realiti dan pragmatiknya PPBM sudah rebah dan nazak.
VIDEO – NAMPAKNYA PARTI PEJUANG MAHATHIR AKAN BERKUBUR, BUKANNYA UMNO
Dr Mahathir dalam kempennya untuk calon PPBM di PRK Semenyih pada Feb 2019, semasa dia masih berkuasa, telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘BN sudah tiada’ dengan tanggapan bahawa BN sudah mati dan UMNO juga sedang nazak. Katanya, “Sia-sia sahaja kita memilih calon BN. BN sudah tiada. Sudah ‘Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun’. Ratib Mahathir itu terpantul kepada Bersatu dan Pejuang, serta dirinya sendiri.
RELEVANKAH BERSATU JIKA KUBU KUAT PRESIDEN SUDAH LUMPUH?
Dalam sistem demokrasi berparti, seorang Perdana Menteri hendaklah benar-benar kukuh dan perkasa dalam partinya, malahannya partinya juga hendaklah dominan dalam komponen kesatuan parti-parti pemerintah. Jika tidak, maka gejala ‘boneka’ sebagaimana Tun Mahathir mengakui dia hanya boneka DAP, akan berulang kembali.