FORMULA RAFIZI AKAN BAWA KEKALAHAN PKR DI PRU15 – INVOKE

Bagaimanapun Rafizi lebih radikal apabila dia menegaskan “sudah tiba masanya parti itu bermula dari bawah bagi memenangi hati pengundi daripada terus berunding dengan parti lain untuk menawan Putrajaya.”

PEREKACIPTA MANIFESTO ‘KERTAS TISU TANDAS’ PH NYANYOK DALAM USIA MUDA

Wan Saiful usahlah bercakap tentang ‘kleptokrat’ dan ‘kluster mahkamah’, sedangkan pemimpin ikonik PPBM, Muhyiddin Yassin juga sedang dalam radar SPRM dengan pendedahan saksi daripada UKSB yang telah menerima rasuah RM1.3 juta. Hendaklah diingat bahawa kes 1BestariNet, dan perbelanjaan dana RM600 bilion ketika PN berkuasa juga kini menjadi tekanan terhadap Muhyiddin dalam survival politiknya yang sedang menuju penghujung jalan. Kini gabungan parti PN terkial-kial bertekak sama ada mahu menggunakan logo PN atau logo PAS semasa PRU15 nanti. Kenapakah tidak sahaja menggunakan logo PPBM supaya Wan Saiful mahupun Muhyiddin Yassin sedar hakikat penerimaan rakyat terhadap parti cicak yang menjadikan negara amat tidak stabil?

PH PUNCA BADAN PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN NEGARA ROSAK DAN JIJIK

Secara kasarnya ia bermula dengan pendekatan diktator yang digunakan oleh Dr Mahathir apabila dialah PM pertama yang mencampuri urusan badan kehakiman negara, sebagaimana didakwa oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad. Persepsi rosaknya badan kehakiman negara, menjadi hangat apabila pemimpin DAP, Lim Guan Eng terlibat dalam kes Pembelian Banglo Murah dan kes rasuah Terowong Bawah Laut.

VIDEO – BUKTI DAKWAAN TERPILIH TERHADAP PEMIMPIN UMNO, TERBONGKAR

Ironinya Muhyiddin tidak pernah mahu kes dana 1MDB berjumlah RM1.04 juta yang masuk ke akaun Hakim Nazlan Ghazali, disegerakan. Lebih menjengkelkan Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi yang telah menjatuhi hukuman ‘bersalah’ ke atas DS Najib, sedangkan di sebalik tabir terdapat ‘konflik kepentingannya’ dalam kes 1MDB. Muhyiddin mahupun Mahathir tidak pernah mendesak SPRM mahupun pihak pendakwaraya supaya mengheret bekas Gabenor Bank Negara Zety Akhtar ke mahkamah kerana suaminya Tawfiq Ayman di Singapura telah menerima dana 1MDB daripada Jho Low.

GUAN ENG KUTUK SPRM ABAIKAN KES MUHYIDDIN TAPI DIA BUTA KETIKA ITU SPRM DIKETUAI OLEH BALACI PH

Sudah terang lagi bersuluh Guang Eng amat hipokrit dan pandai berpura-pura, sedangkan dia lupa bahawa kes sogokan UKSB terhadap Muhyiddin Yassin dan beberapa orang lagi sebagaimana diperakui oleh saksi kes telah berlaku pada sebelum Ogos 2018. Guan Eng juga berpura-pura lupa apabila kes rasuah Terowong Bawah Laut tidak pula dibawa ke mahkamah. Kerana apa Guang Eng? Tidakkah kerana Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah barua kamu dan PH meskipun siasatan telah siap pada 2018?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: