PILIHAN RAYA SEMEMANGNYA PERNAH DIBUAT PADA BULAN NOVEMBER – JANGAN TERPENGARUH RENTAK ‘PENGECUT DAN PUTAR ALAM’

PRU sememangnya pernah diadakan pada bulan November, tanpa sebarang rungutan dan cemuhan sebagaimana PRU10 pada tahun 1999. Apakah ada yang mati kerana PRU10 itu?          Lantas, usahlah menjaja dengan alasan dan propaganda dangkal untuk menyelamatkan kluster mahkamah yang diakibatkan dakwaan terpilih dan kepincangan badan kehakiman, tetapi fikirkanlah tentang kestabilan politik dan ekonomi negara yang menjadi faktor utama untuk menyelamatkan ekonomi rakyat.

MAHATHIR DAKWA UMNO AKAN TERKUBUR, TETAPI PETAI SUDAHPUN DIMASUKKAN DALAM KERANDA

Mahathir sedar bahawa PETAI hanyalah parti ‘zombie’ atau bangkai hidup, lantas dia terpaksa pula menubuhkan gagasan Gerakan Tanah Air (GATAI). Dia juga amat sedar bahawa PETAI hanya ada 4 ahli parlimen sahaja daripada 222 ahli parlimen seluruh negara sedangkan UMNO memiliki 54 setelah difitnah dan diasak dengan janji palsu dalam kempen PRU14. GATAI akan menjadi lubuk bagi katak-katak politik yang tidak ada lagi kekuatan di parlimen yang mereka menang pada PRU14. Hakikatnya PETAI atau GATAI tidak ada akar umbi, sedangkan UMNO lebih bersemangat apabila Najib dipenjara bukan kerana dia bersalah, tetapi kerana konspirasi politik Mahathir. Seperkara lagi, Mahathir nampaknya terkejut apabila Ratu Elizabeth II Great Britain (96 tahun) yang beza usia setahun darinya telah meninggal dunia, sedangkan jangka hayat sihat rakyat Malaysia hanyalah 65 tahun. Mahathir kini sudah berusia 97 tahun.

VIDEO – MUKHRIZ BERI ALASAN DANGKAL KENAPA PEJUANG KALAH DI PRN JOHOR

Parti MUDA yang baru empat bulan didaftarkan berbanding Pejuang, telah memenangi satu kerusi walaupun hanya bertanding tujuh kerusi DUN, masakan pula Pejuang yang jauh lebih tua dengan pemimpin tertua dunia tidak memenangi satu pun kerusi daripada 42 yang ditandingi? Hakikatnya pengundi amat kenal siapa Pejuang dan siapakah pemimpin diktatornya yang sombong dan amat bijak memecah-belahkan perpaduan kaum Melayu, malah dilihat memusuhi Raja-Raja Melayu.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: