Pendedahan pembohongan Guan Eng telah didedahkan oleh Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong tentang penipuan kelayakan Lim Guan Eng sebagai akauntan bertauliah disokong oleh data dan fakta yang tinggi kredibilitinya (sila rujuk Korek Bongkar Dedah). Sebagaimana biasa melalui orang kuatnya, Tony Pua, dengan pantas telah mengeluarkan ugutan kepada sesiapa sahaja untuk diheret ke mahkamah kerana mempersoalkan taraf Guan Eng sebagai ‘qualified professional accountant.’ Mungkin Tony Pua tidak faham dan tidak tahu apa makna ‘qualified accountant’, malahan dia tidak tahu apa makna akauntan. Lantas, inikah orangnya yang bijak berbohong dan mahu berdebat dengan Dr Wee?