Apa yang pemerhati lihat sekarang, Mahathir amat takut dengan kemenangan BN-UMNO, memandangkan sekarang Tommy Thomas telah mendedahkan pelbagai kepincangan kerajaan PH pimpinan Mahathir sehingga kepada pelantikan Ketua Hakim Negara yang tidak sah, manakala Tommy sendiri mengaku bahawa lantikannya sebagai Peguam Negara dan Latheefa Koya sebagai Ketua SPRM adalah lantikan politik. Banyaklah kekotoran dilondehkan tentang Tommy Thomas, Latheefa Koya, Hamid Bador serta pelantikan Tun Maimun yang penuh muslihat dan misteri. Pastinya BN-UMNO sedang menyusun strategi tindakan-tindakan yang harus diambil terhadap sistem undang-undang rimba yang dipelopori oleh Mahathir dan keldainya Tommy Thomas, dan bagaimana undang-undang rimba itu telah berjaya digunakan untuk memenjarakan DS Najib Razak serta dakwaan-dakwaan terpilih yang lain.
VIDEO – MUSLIHAT MAHATHIR TOLAK PKR, TETAPI SEDIA MENERIMA DAP DAN AMANAH UNTUK MENENTANG UMNO
Adakah Mahathir masih berangan-angan mahu mendududki kerusi PM sedangkan usianya telah ditelan zaman, dan sebagaimana dikatakan oleh MO Ibrahim dalam satu simposium di Afrika yang turut dihadiri oleh Mahathir, “Kemanakah pemimpin tua-bangka berusia lebih 90 tahun mahu membawa rakyatnya, ke kebur?” Rakyat pun tahu Parlimen Langkawi lewah dipenuhi oleh pendatang asing Filipina yang telah berikan kerakyatan. Adakah ribuan golongan ini pada hakikatnya yang menyokong Mahathir di Langkawi dan bukannya Melayu tulen rakyat jati Langkawi?