PENYELUDUPAN PATI BAGAIKAN JENAYAH YANG DIRELAKAN

Sekiranya setiap hari terdapat 2 kumpulan yang dapat melolos kerana adanya pembelot atau ‘musuh dalam selimut’ dalam kalangan pegawai keselamatan (pihak polis maritim, imigresen, polis sempadan, tentera dsb) maka sindiket akan dapat membolot RM2 juta. Dalam sebulan sekurang-kurang mereka boleh membolot RM60 juta.

WARISAN YANG WARISKAN PATI KEPADA RAKYAT SABAH, AKAN KALAH

Ketua Menteri Sabah, DS Shafie Apdal, yang juga merupakan Presiden Warisan, seperti tidak sensitif terhadap isu PATI dan gejala ‘ledakan populasi’ tersebut, lantas melaksanakan pula program Pas Sementara Sabah (PSS) kepada pendatang asing untuk terus mengeruhkan lagi keadaan. Mungkin inilah antara opera yang dimainkan oleh Mahathir apabila dia mencadangkan agar Shafie Apdal diangkat menjadi PM sekiranya Perikatan Nasional dapat ditumbangkan melalui usul ‘undi tidak percaya’ terhadap PM TS Muhyiddin Yassin.

(Video) PSS BAWA BENCANA KEPADA RAKYAT SABAH DAN JUGA NEGARA

Pas Sementara Sabah (PSS) bukanlah ‘pas sementara’ tetapi lebih menjurus kepada pembelaan dan peluang mudah kepada kaum pendatang untuk kekal bermastautin di Sabah. Masakan ia pas sementara sedangkan tempoh yang ditawarkan adalah 3 tahun. Dengan tempoh 3 tahun itu, PSS bukan penyelesaian kepada masalah ‘pendatang asing tanpa izin’ (PATI), malah ia adalah musibah yang akan menyuburkan... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑